Shakir Saari sertai barisan kejurulatihan JDT

Bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Shakir Saari kini mempunyai tugasan baharu bersama Johor Darul Ta’zim apabila beliau menyertai staf kejurulatihan kelab tersebut bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini disahkan oleh JDT sendiri menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers pada semalam dimana Shakir dilihat telah memulakan tugas beliau.

“Pemain Kelab Bolase pak Johor Darul Ta’zim (JDT), Shakir Saari telah menyertai barisan kejurulatihan skuad senior menjelang kempen 2020 dalam usaha untuk memastikan terdapat perkembangan kerjaya bagi pemain senior yang telah berkhidmat di kelab.

“Shakir Saari, yang telah menjalani kursus kejurulatihan sewaktu beliau masih sebagai pemain, menyertai Harimau Selatan pada tahun 2014. Beliau mengetuai JDT II pada 2018 dan 2019 kerana kelab mahukan pengalaman berharga beliau dapat dikongsikan dan membantu membimbing pemain-pemain muda.

“Shakir telah menjulang 10 piala bersama JDT – empat kejuaraan Liga Super Malaysia, dua Piala Sumbangsih, Piala AFC 2015, Piala FA 2016, Piala Malaysia 2017 dan Challenge Cup 2019,” kata JDT.

Sumber Gambar: JST

 

Juara Liga Super musim 2019 itu telah memulakan sesi latihan bagi mengharungi perla wanan pra musim sebagai persediaan untuk saingan musim 2020 pada Khamis lalu.

Kelibat pemain utama dapat dilihat dalam sesi latihan pertama seperti Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera serta Natxo Insa. Turut kelihatan bekas pemain Kedah dan Melaka United, Liridon Krasniqi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : VOCKETFC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*