FC Seoul menanti Kedah jika layak ke saingan play-off AFC Champions League 2020

Seperti semua sudah sedia maklum, pasukan Kedah FA selaku juara kejohanan Piala FA 2019 layak untuk beraksi dalam saingan pusingan 2 kelayakan play-off AFC Champions League 2020.

Sebagaimana jadual yang telah ditetapkan, Kedah FA akan terlebih dahulu menjadi tuan rumah kepada pasukan Wofoo Tai Po FC dari Hong Kong yang juga merupakan juara Hong Kong Premier League 2019.

Jika pasukan Kedah FA mampu menundukkan Wofoo Tai Po pada 21 Januari 2020 nanti, pasukan tempat ke-3 saingan K.League 1 iaitu FC Seoul akan menanti di pusingan play-off yang dijadualkan pada 28 Januari 2020.

Sila rujuk jadual dibawah untuk maklumat penuh pusingan kelayakan dan play-off saingan AFC Champions League 2020 nanti.

Kemenangan keatas FC Seoul bakal membolehkan Kedah FA mengiringi pasukan Johor Darul Ta’zim menghadapi saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2020, sekaligus memungkinkan mata AFC MA Ranking Malaysia terus meningkat.

Berdasarkan maklumat rasmi yang telah kami terima, undian peringkat kumpulan AFC Champions League 2020 dan AFC Cup 2020 akan dilangsungkan pada 10 Disember 2019 bertempat di AFC House Bukit Jalil.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*