Penjaring terbanyak Liga Filipina 2019 Jordan Mintah, bakal peny erang import terbaru TFC?

Rekod jaringan 31 gol yang dilakukan oleh Jordan Owusu Mintah, peny erang utama pasukan Kaya FC-Iloilo dalam musim 2019 berjaya menarik perhatian barisan kejurulatihan pasukan Terengganu FC II untuk membawa pemain itu ke Kuala Terengganu.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Jordan Owusu Mintah yang berusia 24 tahun dari Ghana itu musim ini telah turun beraksi dalam 24 perlaw anan dan memiliki gol ratio sekitar 1.29 bagi setiap perlaw anan mungkin akan menjadi ayam tambatan Terengganu FC II dalam saingan Liga Perdana musim 2020.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh BERNAMA semalam, Jordan Mintah akan tiba di Kuala Terengganu hari ini untuk melengkap perpindahan beliau dari Filipina dan seterusnya menyertai kem latihan pra musim yang sudah pun bermula.

Jordan Mintah Catat 6 Kali Hatrik Dalam Musim 2019

Rekod 31 gol semusim dalam musim 2019 itu tidak mudah untuk dilakukan kerana dicabar hebat oleh peny erang ternama dari Ceres Negros iaitu Bienvenido Marañón yang mencatatkan 30 gol.

Bienvenido Marañón juga merupakan pemenang anugerah penjaring gol terbanyak dalam saingan AFC Cup 2019 dengan catatan jaringan 10 gol.

Bagi Jordan Mintah pula, lebih separuh dari 31 gol yang dijaringkan adalah hasil dari 6 kali hatrik yang dilakukan sepanjang musim 2019 ini. Selain itu, Jordan Mintah juga turut mencatatkan bantuan jaringan sebanyak 5 kali musim ini yang menjadikan beliau telah terlibat dalam 36 gol secara keseluruhannya musim ini.

“Semua persiapan pasukan saya (Terengganu FC II) telah pun lengkap, termasuk kuota pemain tempatan.”

“Kami hanya menunggu pemain import terbaru dari Ghana yang dijangka akan tiba hari ini untuk melengkapkan pasukan dan memulakan latihan pra musim dengan pemain-pemain lain”, ujar Roshadi Wahab, ketua jurulatih Terengganu FC II kepada Bernama.

Dapat dilihat dengan jelas pasukan Terengganu FC II cukup serius menghadapi musim 2020 walaupun jadual perlawanan musim baru masih belum lagi dikeluarkan oleh MFL sehingga kini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : VOCKETFC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*