TMJ dedah bagaimana Safawi Rasid mampu berada ditahap sekarang

Dalam sesi live yang diadakan oleh TMJ semalam, kami cukup tertarik dengan satu lagi topik yang diceritakan oleh baginda berkenaan Safawi Rasid sehingga beliau mampu berada ditahap sekarang.

Menurut TMJ, Safawi Rasid mendapat manfaat yang cukup bagus ketika berada di JDT walaupun terpaksa bersaing hebat dengan pemain-pemain import bagi merebut tempat dalam pasukan.

Sebelum itu TMJ ada memberikan k0men mengenai impak positif yang diberikan oleh pemain-pemain kacukan dan juga naturalisasi dalam pasukan liga serta faedah kepada pasukan kebangsaan .

“Kita boleh tengok impak pemain naturalisasi buat seperti Matt Davies, Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh,  mereka boleh buat perbezaan.

“Apabila ada pemain seperti De Paula dan Liridon, pasti mereka berikan perbezaan. Persaingan diantara pemain asing yang jadi pemain tempatan dan pemain tempatan lain akan jadi lebih kompetitif. Dan pemain tempatan kita akan meningkat.

Menjawab soalan yang diajukan oleh Vijhay Vick – adakah perkara seperti ini (persaingan sihat dalam pasukan) adalah salah satu sebab utama Safawi Rasid berada ditahap sekarang, TMJ dengan bersemangat mengiyakannya.

Of course! Sudah tentu. Sebab sebelum Safawi Rasid kena compete dengan siapa? Gabi Guerra. Jadi, dia kena bekerja lebih keras untuk pastikan dia dapat bermain ditempat Gabi Guerra.

Takkan semua orang lupa? Dan hari ini, dia menjadi semakin bagus dan lebih bagus.

Selain itu TMJ turut menjelaskan ada faktor lain juga yang menyebabkan Safawi Rasid mampu berada di tahap sekarang seperti mampu mengawal mentaliti serta pededahan terhadap media.

Once the media is too much with Safawi Rasid, kemungkinan kalau semangat tu tak kuat, dia pun akan merundum juga.

TMJ bagaimanapun menerangkan bahawa ini semua adalah bergantung kepada pemain itu sendiri terutama dari segi kekuatan disiplin pemain supaya tidak hanyut dengan perhatian media.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*