Gyeongnam FC tersingkir ke saingan K League 2 musim hadapan

Beberapa bulan yang lepas peminat bola se pak tanah air menyaksikan juara Liga Super Malaysia musim 2018, Johor Darul Ta’zim turun menntang naib juara K 1 League, Gyeongnam FC di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Namun, siapa sangka kelab yang beraksi di saingan tertinggi di rantau Asia itu tersingkir ke divisyen kedua liga bola se pak Korea Selatan musim hadapan apabila tewas kepada pasukan Busan IPark dalam satu perlawnan play-off dengan keputusan  2-0 secara agregat.

Meskipun dibarisi oleh beberapa pemain ternama seperti bekas peny erang FC Twente, Luc Castaignos, Gyeongnam FC menamatkan saingan K1 League musim ini di tangga ke-11. Perkara ini menyebabkan mereka harus mengharungi perlawnan promotion-relegation play-off menntang Busan IPark yang menduduki tangga kedua dalam saingan K2 League.

Perlawnan pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan. Pada perlawnan kedua, Busan tampil lebih berba haya berbanding Gyeongnam dan hasilnya mereka berjaya mencatat kemenangan hasil daripada jaringan Romulo dan Soma Novothny pada separuh masa kedua. 

Gyeongnam menentng Busan.

 

Setelah dua musim beraksi di saingan K1, kini Gyeongnam FC kembali ke saingan K2 dimana pasukan itu juga pernah muncul sebagai juara pada musim 2017.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*