Haiqal Hanafi bantu Malaysia kekalkan takhta Raja Pecut Asia Tenggara

Dalam temasya Sukan SEA 2017 dahulu, pelari pecut Malaysia, Khairul Hafiz Jantan berjaya memenangi pingat emas acara 100 meter sekaligus bergelar Raja Pecut Asia Tenggara.

Pada tahun ini, biarpun Khairul Hafiz tidak beraksi dalam temasya Sukan SEA 2019 di Manila, tetapi Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas bagi acara 100 meter lelaki.

Pelari Malaysia, Haiqal Hanafi berjaya merangkul pingat emas sekaligus mengekalkan takhta Raja Pecut buat Malaysia dengan larian pantas dalam acara 100 meter yang berlangsung pada di Stadium Olahraga New Clark City. Haiqal mencatat masa larian terpantas 10.35 saat mengatasi dua pelari Thailand, Kpl. Sowan Ruttanapan (10.49 saat) dan Chuangchai Bandit (10.52 saat).

Seorang lagi pelari negara, Jonathan Nyepa pula menamatkan larian di tempat keempat dengan catatan masa 10.60 saat.

 

Kredit foto: Astro Arena

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*