Kelantan dan Kelantan United dijangka cetus ‘local derby’ paling menarik 2020

Buat pertama kali selepas 16 tahun, Kelantan akan mempunyai dua pasukan dari negeri tersebut yang beraksi dalam satu liga yang sama apabila skuad bolasepak negeri Kelantan akan disertai oleh juara Liga M3, Kelantan United di saingan Liga Premier 2020.

Kali terakhir mereka mempunyai lebih daripada satu wakil di liga sama adalah pada 2004 apabila Kelantan TNB dan Kelantan JPS bermain dalam Liga Premier A manakala Kelantan dan Kelantan SKMK pula bermain di Liga Premier B.

Pertembungan Kelantan bimbingan Yusri Che Lah dan Kelantan United yang dibimbing ‘local favourite’ Zahasmi Ismail antara yang pastinya dinantikan penuh minat.

Ia dilihat bakal mencetus saingan musvh setempat yang paling menarik untuk disaksikan musim depan, di kala kedua-dua pasukan pastinya mahu mengukuhkan reputasi sebagai ‘raja’ Kota Bharu yang sebenar.

Sekadar memberi gambaran secara kas ar, penyokong bolasepak negeri ini beralih sokongan kepada Kelantan United yang dijenamakan semula tahun ini, bertitik tolak sebagai bantahan kepada kepimpinan Bibi Ramjani Ilias Khan ketika beliau menerajui Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Bibi Ramjani ketika itu diketahui banyak bertel ingkah dengan penyokong sehingga mereka menjauhkan diri daripada memberi sokongan kepada skuad negeri, sebaliknya menghiburkan hati yang l ara dengan menyokong Kelantan United.

Kehadiran ramai bekas pemain negeri dan anak tempatan di dalam skuad, baik sebagai pemain mahupun saf kejurulatihan, selain faktor kurang kontr oversi menambah populariti Kelantan United dan akhirnya mereka menjadi kesayangan penyokong sehingga dilabel ramai bahawa ini adalah pasukan nombor satu di Kelantan.

Sementara itu, bagi Yusri Che Lah, dia berpendapat kedua-dua pasukan akan bersaing secara positif untuk memenangi hati penyokong dan menegaskan adanya dua pasukan dari Kelantan dalam Liga Premier 2020 sebagai dapat melonjakkan imej negeri itu.

“Mempunyai dua pasukan yang sama-sama mendapat perhatian adalah satu yang cukup bagus, ia memberi nilai tambah kepada saingan Liga Premier itu sendiri dan pastinya mencetuskan kegh airahan dalam diri penyokong untuk melihat siapa yang lebih baik dari minggu ke minggu. Cuma saya berharap penyokong tidak melihat Kelantan dan Kelantan United sebagai mu suh yang tidak baik,” ujar Yusri.

Sebagai rekod, dalam saingan Liga Premier 2019, Kelantan menamatkan musim di kedudukan ke-10 daripada 11 pasukan bertanding manakala Kelantan United pula menjuarai Liga M3.

Foto : Kelantan United

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*