Guilherme De Paula sah tinggalkan Kuala Lumpur

Pemain yang disebut-sebut sebagai pemain naturalisasi seterusnya bagi skuad kebangsaan, Guilherme De Paula sah meninggalkan Kuala Lumpur setelah beraksi bersama pasukan itu selama tiga musim.

Meskipun menampilkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang tiga musim menyarung jersi Th3 City Boys, namun Persatuan Bola Se pak Kuala Lumpur (KLFA) mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak De Paula yang berakhir pada November lalu.

Sumber Gambar: MFL

 

Pemain yang pernah beraksi bersama Selangor dan PDRM FA itu menjadi watak penting ketika Kuala Lumpur muncul juara Liga Perdana pada musim 2017 lalu. De Paula menjaringkan 27 gol sekaligus meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak.

Pada tahun berikutnya, Guilherme De Paula berjaya meneruskan prestasi cemerlang dimana beliau menjaringkan 13 gol dalam saingan Liga Super. Musim ini, catatan gol De Paula sedikit mengecewakan dimana beliau hanya mampu menjaringkan 8 gol sepanjang musim.

Baru-baru ini, Guilherme dilihat menyertai sesi latihan Johor Darul Ta’zim dan terdapat desas-desus bahawa beliau akan menyertai juara Liga Super musim 2019 itu.

Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi

 

Namun, ramai berpendapat JDT hanya membantu Guilherme dalam memastikan beliau berada dalam keadaan terbaik kerana tahun hadapan, pemain kelahiran Brazil itu bakal dijadikan sebagai pemain naturalisasi sekaligus beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Seorang lagi pemain yang menjadi calon pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi turut berlatih bersama JDT.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*