Pemain bolasepak perlu sentiasa tingkatkan kualiti dan prestasi diri – Safawi Rasid

Penyerng sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid melalui musim yang penuh gemilang pada tahun ini sama ada bersama pasukan kelab mahupun skuad kebangsaaan.

Dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), beliau menjadi watak penting dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pasukannya meraih kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut dan turut menjulang Piala Malaysia.

Bersama skuad Harimau Malaya, pemain berusia 22 tahun itu berjaya membantu skuad kendalian Ong Kim Swee mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan cemerlang dengan Malaysia ketika ini menduduki tangga kedua dalam kumpulan.

Kemudian pemain kelahiran Dungun ini turut menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dan Penyerng Tempatan Terbaik dalam majlis Anugerah BolaSepak Kebangsaan (ABK) yang dianjurkan pada bulan lepas.

Sewaktu membantu JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Safawi menjaringkan satu gol menarik ketika pasukannya berdepan kelab China, Shandong Luneng di tempat lawn dan gol tersebut dipilih sebagai calon gol terbaik kejohanan dan menduduki tempat kedua dengan 1.5 juta undian.

“Saya melalui musim yang baik bersama JDT dan akan datang ada lebih banyak cabaran menanti. Saya sentiasa menyasarkan untuk menjadi lebih baik setiap tahun dan setiap musim,” ujar Safawi ketika ditemubual The Star.

“Pada saya, seorang pemain bolasepak perlu sentiasa berubah dan meningkat. Kami akan lihat pasukan atau pemain lain mencuba untuk menghampiri kamu. Jadi kamu perlu pastikan sentiasa di depan.”

“Ianya memang tidak mudah. Tetapi bersama kelab seperti JDT, ianya banyak membantu apa yang diperlukan dari setiap sudut.”

Pasukan Harimau Selatan sebelum ini memberi bayangan akan ada kemasukan pemain import baharu pada 20 Disember ini. Selain itu mereka juga akan mengumumkan nilai komersil kelab, dan pemegang taruh yang baharu.

Kemudian mereka dijadualkan akan bertolak ke Qatar pada 15 Januari untuk menjalani latihan selepas persiapan pra-musim telah pun bermula sejak 5 Disember lepas.

Perlawnan pertama JDT untuk musim 2020 adalah berdepan dengan juara Piala Maharaja Jepun dalam saingan ACL pada 12 Februari. Pemenanga Piala Maharaja Jepun akan ditentukan pada 1 Januari ini.

JDT kemudian dijadualkan berdepan dengan juara Piala FA, Kedah dalam perlawanan Piala Sumbangsih yang akan diadakan pada 28 Februari.

“Kami akan menempuh musim yang mencabar selepas ini. Pasukan lain dalam Liga-M sudah membuat persiapan yang baik. Jadi sudah tentu lebih sukar untuk mempertahankan kejuaraan.

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, December 17, 2019

“Kami akan bermain dalam ACL untuk musim kedua dan sasaran kami kali ini adalah melepasi peringkat kumpulan. Ia adalah cabaran baharu yang kami sudah bersedia untuknya,” kata Safawi lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*