Palestin berminat adakan perlawnan persahabatan dengan Skuad Harimau Malaya

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi mengesahkan pihaknya telah menerima tawaran daripada Palestin untuk mengadakan aksi perlawnan persahabatan antarabangsa di Gaza pada 21 Mac 2020.

Katanya dalam Stadium Astro, faktor keselamatan menjadi keutamaaan dan FAM juga sedang menunggu jawapan daripada 5 negara lain mengadakan perlawnan persahabatan sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Hanya Palestin memberikan maklum balas kepada kami, namun FAM akan menilai terlebih dahulu bagi memilih aksi pemanas badan skuad negara sebelum berdepan UAE,” katanya.

FOTO: Malaymail

 

Skuad Harimau Malaya kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand sekaligus menghidupkan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Oleh sebab itu, FAM mahu memastikan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu lebih bersedia dari segi fizikal dan menta1 kerana baki 3 perlawnan yang akan datang pasti lebih sukar dan menghadirkan tentngan sengit.

“Idea beliau (Tan Cheng Hoe) adalah untuk mengadakan perlawnan di rantau itu supaya barisan pemain lebih bersedia dari segenap aspek bila berlawn dengan UAE. Di FAM fokus kita adalah macam mana untuk mempersiapkan pasukan kita berdepan dua perlawnan bulan Mac depan.

“Kalau satu perlawnan (persahabatan) tidak cukup, beliau mahukan dua, kita akan beri dua perlawnan.

“Kami mempunyai peluang terbaik dan enggan melepaskannya dan berharap untuk melepasi sasaran,” kata Yusoff lagi.

Malaysia dijadualkan bertemu UAE pada 26 Mac 2020 di lokasi yang akan ditentukan kemudian sama ada Dubai atau Abu Dhabi dan kemudian bertemu pendahulu kumpulan, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*