Tanpa VAR, Man United tidak akan berada di tempat keenam

Seorang penganalisis terkemuka di Givemesport telah melakukan susunan kedudukan pasukan ini jika tiada VAR.

Beliau sudah melakukannya sejak daripada perlawnan pertama lagi.

Sadio Mane dan Michail Antonio adalah 2 nama pemain yang ditarik balik gol mereka oleh VAR. Namun ianya tidak memberikan kesan kepada keputusan perlawnan.

Gol Sadio Mane ditarik balik oleh VAR. Namun gol Mohamed Salah tetap kekal walaupun ada tinjuan VAR dilakukan.

Sadio Mane ketika itu memberikan gesture tidak mahu rakan-rakannya hilang fokus kepada keputusan VAR.

Namun insi den yang paling besar berlaku di Stamford Bridge. Gol pada minit akhir oleh Dan Gosling tidak akan wujud dan Chelsea akan berjaya mendapat 1 mata jika tiada VAR.

Bournemouth menanti beberapa minit untuk meraikan gol mereka itu.

Ini kerana penjaga garisan menaikkan bendera ofsaid untuk gol itu. VAR pula memberikan gol yang jelas sekali Dan Gosling tidak ofsaid.

Manchester City berhadapan dengan Arsenal tidak dipengaruhi oleh sebarang keputusan menerusi VAR. Jadi kemenangan 3-0 Manchester City ke atas Arsenal adalah tetap kekal.

Sheffield United menang ke atas Aston Villa. 1 penalti dihadiahkan oleh VAR kepada Aston Villa dan gagal disempurnakan. VAR tidak mempengaruhi keputusan walaupun Grealish menyempurnakan penalti itu.

Sementara itu di Old Trafford, ada insi den melibatkan David De Gea yang didak wa dika sari. Namun pengadil membuat keputusan yang sama dengan VAR, bahawa tiada foul.

Ole turut tidak berpuas hati dengan VAR dan kemudian meminta pengadilan VAR diperbaiki. Ianya telah mer0mpak kemenangan United pada minggu lalu.

Manchester United diikat 1-1 oleh Everton. Dalam aksi mereka ketinggalan lebih awal. Mason Greenwood menyelamatkan mereka sekali lagi.

Kedudukan selepas perlawnan ke-17

Setakat minggu ke-17, inilah kedudukan liga jika tiada VAR. Adakah Liverpool benar-benar bergantung kepada VAR untuk berada di puncak? Jawapannya tidak!

Siapa paling banyak manfaat?

Berdasarkan carta selepas 17 perlawnan 3 pasukan yang paling bertuah kerana VAR adalah Crytal Palace, Brighton dan Manchester United.

Brighton dan Crystal Palace akan berada di 4 anak tangga lebih rendah jika tiada VAR.

Manchester United pula berjaya berada di tempat ke-6 kerana kelebihan diberikan VAR. Jika tanpa VAR, mereka akan berada di tangga ke-9 dan bukannya ke-6 seperti yang mereka sedang nikmati sekarang ini.

Jika ini berlaku, Ole mungkin dalam tekanan kerana berisik0 dipecat.

Paling malang adalah West Ham. Mereka sepatutnya berada di 3 anak tangga lebih baik jika tanpa VAR.

Manchester City pula patut berada di tangga kedua ketika ini, jika tiada VAR, di atas Leicester.

Leicester City pasukan paling banyak mendapat mata kerana VAR setakat ini dengan 6 mata. Sementara itu Brighton pula paling banyak dengan 6 mata.

VAR mula digunakan di dalam EPL musim ini. Dan ianya mendapat reaksi daripada ramai pihak. Ada juga beberapa kontroversi berlaku dalam VAR. Dan itu memang sudah dijangka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : sukan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*