Aksi gol luar biasa Ronaldo dengan lompatan 2.5 meter menggemparkan dunia

Walaupun sudah digelar pemain veteran, namun Cristiano Ronaldo masih mampu melakukan gol dengan gaya lompatan yang sangat tinggi.

Pada aksi menentng Sampdoria di tempat lawn, Ronaldo melakukan gol yang mencabar hukvm graviti sekali lagi.

Ronaldo memberikan gol kemenangan sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan dengan tandukan hasil daripada lompatan yang tinggi.

Namun ini sudah menjadi cap dagang kepada Cristiano Ronaldo yang seringkali melakukan tandukan gol dengan lompatan yang dilabel seperti seorang pemain NBA.

Beliau sudah beberapa kali melakukan lompatan lebih daripada 2  meter itu. Lalu ada yang menggelarkan beliau sebagai superhuman dan salah seorang atlet yang terbaik pernah dilahirkan.

Gol kemenangan itu meletakkan Juventus kini 3 mata di atas Inter Milan. Juventus berada di tangga teratas Serie A dengan Inter Milan masih ada 1 lagi perlawnan kurang daripada mereka.

Ronaldo melakukan lompatan tinggi menewaskan pemain pertahanan lawan, Nicola Murru untuk menyambar hantaran lintang oleh Alex Sandro.

Ronaldo mengapungkan dirinya di udara untuk beberapa saat sebelum melakukan contact dengan bola menggunakan kepalanya.

Ronaldo melompat 2.5 meter di udara dan berada di udara sekitar 1.5 saat.

Tandukan itu telah menggemparkan peminat bolasepak dan warganet yang tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan menghargai kegeniusan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bolasepak.

Lompatan yang sangat luar biasa dengan fokus kepada bola yang tinggi.

Bukan mudah untuk melakukan lompatan setinggi itu terutamanya untuk seorang yang berusia 34 tahun.

Juventus mendahului menerusi Paulo Dybala. Namun Sampdoria menyamakan kedudukan menerusi Gianluca Capri pada minit ke-35.

10 minit kemudian, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kedua pasukannya. Yang menjadi gol kemenangan.

Sampdoria kini berada di tangga ke-17 dengan hanya mengutip 15 mata. Mereka dalam kedudukan bahaya menghampiri zon penyingkiran.

Juventus sudah mencetak 13 kemenangan selepas 17 perlawnan. Apa yang pasti gol ini pasti akan menjadi bualan untuk tempoh yang lama bagi mengingati kehebatan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo juga beraksi cemerlang dalam perlawnan menentng Sampdoria dengan mencatatkan 13 duels yang dimenanginya. Beliau melakukan 3 gelecekan yang berjaya.

Ronaldo turut mencetak 4 percubaan, 2 daripadanya adalah tepat dan 1 berjaya menerjah ke gawang dengan cara yang sangat ikonik.

Ronaldo kini sudah menjaringkan 12 gol untuk Juventus pada musim ini. Ianya juga merupakan gol ke-40 Ronaldo daripada 63 penampilan untuk Juara Itali itu.

Secara keseluruhan, Ronaldo sudah menjaringkan 613 gol daripada 826 perlawanan kompetitif. Ianya satu rekod yang sangat luar biasa dicatatkan pemain kelahiran Portugal ini.

Ronaldo sudah bermain bersama dengan beberapa kelab besar termasuk Real Madrid, Manchester United dan kini bersama Juventus.

Sebagai rekod beliau sudah memiliki 5 ballon d’or di dalam kariernya, hanya Lionel Messi yang lebih banyak daripada beliau.

Ronaldo turut berjaya membantu negaranya menjuarai Euro 2016 sebagai kapten.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : sukan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*