Firmino bawa Liverpool ke Final

Liverpool berjaya mara ke final Piala Dunia Kelab 2019 selepas menewaskan Monterrey, dalam aksi yang mendebarkan.

Liverpool kehilangan khidmat Virgil Van Dijk dan Dejan Lovren. Membuatkan Klopp terpaksa menurunkan Jordan Hederson di bek tengah.

Percaturan Klopp jelas mengundang banyak masalah di pertahanan Liverpool terutama sekali menjadikan Adam Lallana sebagai pemain tengah defensif.

Liverpool bermula dengan intensif dalam perlawnan ini. Namun mereka sentiasa berhadapan dengan unit pertahanan yang ramai dan agres1f di blok rendah.

Mohamed Salah ternyata sukar untuk melakukan banyak aksi denganĀ  corak pertahanan agres1f pasukan lawn.

Namun pemain itu tetap berjaya melepaskan satu hantaran licik kepada Naby Keita. Salah menerima bola daripada Milner dan beliau melepasi Leonel Vangioni.

Salah melihat gerakan Keita dan menghantar kepada pemain tersebut, dan Keita menyempurnakan gol tersebut.

 

Namun gol itu tak bertahan lama. Rodolfo Pizarro dika sari oleh James Milner. Ia membolehkan pasukan lawn mendapat sepa kan percuma. Jesus Gallardo melakukan voli deras namun dihadang oleh Alisson. Tetapi Rogelio Funes Mori melakukan susulan jarak dekat untuk gol penyamaan.

Tidak lama selepas itu, Funes Mori menguji Alisson sekali lagi ketika menerima hantaranĀ Dorlan PabĆ³n. Namun penjaga gol terbaik dunia itu berjaua menghadang beliau.

Kehilangan Virgil Van Dijk jelas sekali dirindui oleh Liverpool yang sukar untuk bertahan bola tinggi.

Jurgen Klopp agak buntu untuk memecahkan pertahanan Monterrey.

Kemasukan pemain seperti Sadio Mane, Roberto Firmino dan TrentĀ  Alexander Arnold jelas memberikan kualiti tambhanan kepada Liverpool.

Dan ketika masa kecede raan, Arnold melakukan satu hantaran paras lutut yang cantik dan berjaya disen tuh oleh Roberto Firmino di hadapan penjaga gol.

Penye rang kebangsaan Brazil itu mudah menyempurnakan gol hasil umpanan yang secantik itu. Firmino menjaringkan gol tersebut pada masa kece deraan.

Liverpool menang 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir menentang pasukan Flamengo pada 21 Disember ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*