Park Hang-seo akhirnya mendedahkan sebab buat latihan pusat di Korea Selatan

Park Hang-seo dan anak buahnya sedang menjalani latihan pusat di Korea Selatan ketika ini sebagai persediaan akhir dan dijangka akan kembali ke bumi Vietnam pada 22 Disember ini.

Bercakap kepada media sebelum berangkat ke Korea Selatan, Park Hang-seo menyatakan mahu menggunakan teknologi di Korea Selatan bagi mempercepatkan pemulihan kecede raan pemainnya.

“Saya akan fokus kepada pemulihan kecede raan beberapa pemain selain memberi penekanan kepada keadaan fizikal dan men tal dibantu dengan udara segar di Tongyeong,” jelasnya.

“Saya juga mahu manfaatkan teknologi terkini di Korea Selatan untuk sesi pemulihan kecede raan pemain,” tambahnya lagi.

Vietnam yang merupakan finalis pada edisi lalu, tewas 1-2 kepada Uzbekistan di pentas akhir telah diundi dalam Kumpulan D bersama Korea Utara, Jordan dan UAE, pada edisi kali ini.

Bercakap mengenai peluangnya dalam saingan kali ini, Park Hang-seo dilihat lebih berhati-hati meletakkan sasarannya walaupun mengetahui harapan tinggi penyokong-penyokong Naga Emas.

“Bukan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan. Kami sangat berharap untuk melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu,” ujar pengendali berusia 60 tahun itu mengenai sasaran mereka.

Pada edisi 2018, Vietnam berjaya melepasi peringkat kumpulan pada kedudukan kedua terbaik dalam Kumpulan D yang mengandungi Korea Selatan, Australia dan Syria. Pada suku akhir, mereka menewaskan Iraq sebelum menyingkirkan Qatar di separuh akhir – kedua-duanya menerusi penentuan sepa kan penalti.

Mereka telah bertolak ke Korea Selatan beberapa hari selepas memenangi pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2019. Vietnam berjaya menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-0 di pentas akhir, seterusnya menamatkan penantian 60 tahun Vietnam.

Sebagai persediaan menghadapi Kejohanan AFC B-23 yang akan bermula pada 8 Januari depan, Vietnam akan menghadapi cabaran menen tang Bahrain sebagai aksi pemanas badan terakhir.

Perlawnan persahabatan itu dijangkakan akan dilangsungkan pada 3 Januari, lima hari sebelum kejohanan dengan kejohanan tersebut dijangka akan berlangsung sehingga 26 Januari 2020.

Vietnam akan bertolak ke Thailand pada 1 Januari depan, dua hari sebelum bertemu Bahrain yang telah diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Thailand, Iraq dan Australia.

Kredit Featured Image: The AFC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*