Spurs akui berat lepas Pochettino

LONDON: Pengerusi Tottenham Daniel Levy berkata memecat Mauricio Pochettino adalah keputusan paling sukar yang terpaksa dilakukan, dan dia masih membuka pintu buat pengendali dari Argentina itu pada masa akan datang.

Levy memecat Pochettino pada November susulan permulaan musim yang suram, kurang enam bulan selepas dia membawa Spurs ke final Liga Juara-Juara.

Ketika ditanya sama ada ia perubahan pengurusan paling sukar pernah dilakukan, Levy berkata: “Anda perlu faham yang saya membina hubungan dengan Mauricio lebih daripada lima tahun setengah.

“Ia bukan sesuatu yang saya mahukan. Secara peribadi, ia amat sukar, saya menerangkan kepadanya dan dia faham.

“Dia sudah lama dalam bolasepak, dia memahaminya. Ia bukan peribadi dan saya pasti dia akan kembali lebih kuat dan mempunyai peluang mengendali kelab hebat lain.”

Levy turut menjelaskan yang Spurs akan sentiasa membuka pintu buat Pochettino untuk kembali membimbing kelab itu.

Ketika Arsenal dan Everton mengambil masa untuk mencari pengendali baharu, Levy menggantikan Pochettino dengan Jose Mourinho kurang daripada 12 jam.

Pengendali dari Portugal itu dengan segera mengubah nasib kelab, melonjak mereka kepada hanya tiga mata di belakang bekas kelabnya Chelsea yang menghuni tangga keempat dan akan bertemu mereka Ahad ini.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*