JDT bakal gunakan kerusi kulit di bahagian ‘grandstand’ stadium baharu

Pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memberikan pengalaman berbeza kepada penyokong mereka yang menduduki tempat duduk utama (grandstand) di stadium baharu kelak.

Mereka bakal menggunakan kerusi kulit di tempat duduk utama Stadium Sultan Ismail apabila ianya dibuka secara rasmi pada Februari ini.

GAMBAR: JOHOR Southern Tigers

 

Menurut Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Mohd Anizam Jamian buat masa sekarang kerusi di tempat duduk utama akan menggunakan kerusi plastik terlebih dahulu.

“Tempat duduk kawasan tempat duduk utama telah dipasang dengan kerusi plastik sementara menunggu kerusi kulit tiba pada bulan Mac.”

Dalam pada itu, Anizam juga mengatakan yang stadium kini sudah semakin bersedia untuk digunakan dengan tinggal beberapa perincian sahaja hendak dikemaskan.

Bilik persalinan pemain, bahagian dalam ruang korporat, kaunter-kaunter tiket dan permaidani tepi padang kini dalam proses akhir untuk disiapkan.

Selain itu, Anizam turut menambah ruangan masuk ke tempat duduk atau turnstiles juga akan dikuasakan dengan teknologi baharu pada bulan April ini.

“Bahagian ‘turnstile’ penyokong yang dipasang adalah buat sementara kerana ‘turnstile‘ yang lebih canggih – pertama di Malaysia – telah ditempah dan akan tiba pada bulan April.”

Stadium Sultan Ibrahim sudah hampir sedia digunakan untuk musim 2020 buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) pada…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, January 13, 2020

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*