SCG Muangthong United ujian pertama buat Norshahrul Idlan Talaha

Seperti yang telah dilaporkan sebentar tadi, penye rang veteran skuad kebangsaan Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha dijangka akan menandatangani kontrak bersama juara liga M-150 Championship (Thai League 2) 2019, BG Pathum United pada hari Jumaat ini jika lulus ujian peru batan.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, Norshahrul Idlan Talaha mempunyai peluang untuk diturunkan dalam perlawnan pertama BG Pathum United menentng sebuah pasukan yang mempunyai nama besar, SCG Muangthong United di LEO Stadium pada 15 Febuari 2020.

Seorang lagi pemain Malaysia yang kini bersama pasukan Police Tero FC, Dominic Tan juga mempunyai jadual perlawnan pertama yang tidak kurang hebatnya apabila pasukan itu dijadualkan menerima kunjungan gergasi bolasepak Thailand, Buriram United di Boonyachinda Stadium pada 15 Febuari 2020.

Pastinya kedua-dua perlawnan ini akan menjadi perhatian ramai peminat-peminat bolasepak di Malaysia terutama perlawnan melibatkan Norshahrul Idlan Talaha, selepas beberapa kali cubaan beliau untuk beraksi diluar negara terhalang sebelum ini.

Kita juga dijangka akan dapat menyaksikan pertembungan 2 pemain dari Malaysia ini apabila BG Pathum United akan menerima kunjungan Police Tero FC pada 26 Febuari 2020 di LEO Stadium, dan perkara seperti ini boleh dikatakan jarang berlaku bagi pemain bolasepak Malaysia terutamanya.

Untuk rujukan anda semua, sila muat turun jadual perlawnan Thai League 1 musim 2020 dalam pautan dibawah artikel ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*