Kedah muncul juara selepas tewaskan Phnom Penh Crown

Kedah muncul juara kejohanan 3 penjuru Smart RSN Cup selepas menewaskan Phnom Penh Crown dua gol berbalas satu dalam sesi jelajah pra musim di Kemboja.

Hanya 3 kelab yang beraksi dalam kejohanan ini iaitu Kedah serta dua kelab daripada Kemboja, Angkor Tiger dan Angkor Tiger.

Kesemua perlawnan kejohanan Smart RSN Cup berlangsung dari 10 hingga 14 Januari.

Format head-to-head digunakan dan pasukan dengan mata paling banyak akan menjulang piala.

Dalam perlawnan pertama Kedah menewaskan Angkor Tiger hasil sepakan voli cantik Zaquan Adha yang merupakan gol tunggal perlawanan.

Kedah terlebih awal mencuba dan hampir memperoleh gol tetapi diselamatkan atas garisan gol oleh pemain Phnom Penh Crown.

Perlawnan separuh masa pertama berlangsung tanpa sebarang jaringan dan kedudukan 0-0 kekal hingga tamat.

Pemain import Kedah, Kipre Tchetche akhinya membuka jaringan perlawnan selepas sejam tanpa gol pada minit ke-66.

Sundulan tajam Kipre Tchetche memberi kelebihan kepada Kedah untuk bergelar juara.

Pemain baru diikat Kedah bagi tahun 2020 ini, Muhammad Hadin Azman menggandakan kedudukan buat Kedah pada minit ke-76.

Satu sentuhan penyudah yang sungguh klinikal dari Muhammad Hadin Azman selepas Tchetche membuat satu lorongan cantik.

Phnom Penh Crown tidak mengalah dan cuba sedaya upaya untuk mengejar Kedah dan tidak mahu tewas di bumi sendiri.

Akhirnya mereka berjaya mendapat jaringan tetapi tidak cukup untuk menghalang Kedah dan itu sekadar gol saguhati.

FT Phnom Penh Crown 2-1 Kedah

Kipre Tchetche 66′

Muhammad Hadin Azman 76′

Pemain lawan 87′

Smart RSN Cup: Angkor Tiger 0-1 Kedah

Kedah meneruskan rentak kemenangan mereka dalam perlawanan persahabatan pra musim musim, kali ini dalam kejohanan 3 penjuru yang digelar Smart RSN Cup.

Hanya 3 kelab yang beraksi dalam kejohanan ini iaitu Kedah serta dua kelab daripada Kemboja, Angkor Tiger dan Angkor Tiger.

Kesemua perlawanan kejohanan Smart RSN Cup berlangsung dari 10 hingga 14 Januari. Format head-to-head digunakan dan pasukan dengan mata paling banyak akan menjulang piala.

Kedah tidak berdepan masalah untuk menang dalam perlawnan pertama menentng Angkor Tiger hasil jaringan Zaquan Adha.

Berpunca daripada sepa kan percuma yang dikeluarkan oleh pertahanan Angkor Tiger yang menemui Zaquan Adha.

Tanpa segan silu dan penuh yakin, Zaquan Adha melepaskan satu rembatan voli yang tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol Angkor Tiger.

Malang menimpa Kedah apabila terpaksa bermain 10 orang selepas Irfan akaria dilayangkan kad merah.

Terjahan keras Irfan Zakaria pada minit ke-75 menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning kedua membawa kepada kad merah.

Bermain 10 orang untuk baki 15 minit masa perlawnan tidak memberik kesan kepada Kedah untuk mencatatkan kemenangan.

Ciri-ciri pasukan bakal juara?

Kedah akan menentang Phnom Penh Crown dalam perlawnan terakhir pada 14 januari dan jika menang bermakna juara milik Kedah.

FT Angkor Tiger FC 0 – 1 Kedah FA

Zaquan Adha 45′

Jadual dan keputusan perlawanan kejohanan Smart RSN Cup:

10 Januari – Angkor Tiger FC 0-1 Kedah 2 – 1 Angkor Tiger

12 Januari – Angkor Tiger FC 0 – 1 Kedah

14 Januari – Kedah v Phnom Penh Crown

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : thesukan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*