Bekas Pemain Juventus, Marco Motta sah sertai Persija Jakarta

Presiden kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta iaitu Ferry Paulus mengesahkan pihaknya berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain Juventus, Marco Motta bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan itu dalam saingan Liga Indonesia musim 2020.

Motta yang pernah beraksi bersama AS Roma dan Watford FC telah pun menandatangani kontrak selama dua tahun dan dijangka akan berganding bersama Otavio Dutra dalam skuad Macan Kamayoran itu.

“Motta sudah tandatangani kontrak beberapa hari lalu dengan kami, tetapi masih belum dapat hadir lagi,” kata Ferry seperti dipetik dalam detik.com

Persija Jakarta. (Foto. Persija.id).

 

Sepanjang bersama Juventus, Motta pernah membantu kelab itu menjuarai Piala Super Itali pada tahun 2013. Malah, beliau turut meraih gelaran naib juara Serie A pada musim 2009/2010 ketika bersama AS Roma.

Ketika ini Persija mempunyai dua pemain import iaitu Marko Simic dan pemain skuad kebangsaan Nepal, Rohit Chand.

Selain itu, terdapat khabar angin mengatakan mereka akan menandatangani seorang lagi pemain dari Australia iaitu Aaron Evangs namun ia pantas dinafikan oleh Ferry Paulus.

“Kalau Aaron Evans itu tidak, kemudian ada beberapa nama-nama lain juga tidak,” kata Ferry.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*