Ole punca perpindahan Bruno Fernandes ke United tertangguh

Pemain yang benar-benar dimahukan oleh penyokong Manchester United, Bruno Fernandes kini hampir pasti untuk menyertai kelab tersebut.

Namun begitu, perpindahan yang dijangka akan berjaya dimeterai itu mungkin menghadapi masalah kerana permintaan yang dilakukan oleh pengurus kelab – Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut pelbagai sumber di England, Fernandes dikatakan telah bersetuju untuk menyertai Manchester United dengan kontrak dijangka selama lima tahun.

Sebagai sebahagian daripada perpindahan itu, Manchester United bakal ‘meng0rbankan’ Marcos Rojo. Namun begitu, itulah perkara yang tidak dimahukan oleh Solskjaer.

Menurut laman Daily Express, pengurus tersebut dikatakan tidak mahu sebarang pemain meninggalkan kelab tersebut kerana berpendapat skuadnya sudah sedia kecil buat masa ini.

Dengan 1su kecede raan melanda pasukan, pastinya Solskjaer akan mula memberikan peluang kepada Rojo untuk beraksi walaupun pemain itu kini sudah semakin hilang tempat di Manchester United.

Rojo bagaimanapun mengatakan beliau lebih memilih untuk beraksi di Turki berbanding menjadi sebahagian daripada proses perpindaan Fernandes.

Walaupun perpindahan ini terdapat sedikit masalah, namun Manchester United dijangka akan dapat juga mendapatkan Fernandes kerana pemain tersebut mempunyai impian untuk beraksi di England.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*