Belum masanya Greenwood dipanggil sarung jersi England – Solskjaer

Pemain remaja sensasi Manchester United, Mason Greenwood boleh dikatakan mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penye rang sekalipun usianya baru mencecah 18 tahun.

Berdasarkan prestasi semasa beliau, tenyata pemain tersebut mempunyai kualiti untuk mencapai kegemilangan dalam kariernya dan ada pihak sudah menyuarakan pendapat Greenwood berhak untuk dipanggil menyertai skuad senior England.

Bagaimanapun pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mempunyai pandangan yang berbeza. Beliau menegaskan bahawa pemain muda itu perlu diberi lebih banyak masa untuk menyinar dan fokus untuk meningkatkan kemahiran diri sebelum bermain di peringkat yang lebih tinggi.

Greenwood telah menjaringkan sembilan gol untuk United dalam semua pertandingan pada musim ini dan beliau juga merupakan penjaring terbanyak kelab dalam saingan Liga Europa dengan empat gol.

Persembahannya yang memukau telah membuka mata banyak pihak yang mengandaikan pemain muda itu akan wajar diberi peluang untuk beraksi bersama skuad utama England dalam kejohanan Euro 2020 pada Jun tahun ini.

“Saya jangkakan Mason akan memiliki karier yang panjang dan hebat. Tetapi biarkan dia belajar lebih banyak dahulu sebelum kita bercakap mengenai England dan Euro.

“Tumpuannya ketika ini adalah untuk bermain lebih banyak untuk pasukan ini dan terus tingkatkan prestasi. Bila dia bermain lebih banyak untuk kelab ia [sertai England] akan terjadi dengan sendirinya. Dia baru sahaja dipanggil untuk bermain bersama skuad B-21, jadi dia perlu fokus satu persatu.”

Sekalipun United kehilangan dua penye rang, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez selepas kedua-duanya menyertai Inter Milan, Greenwood, Marcus Rashford dan Anthony Martial telah menunjukkan prestasi memberangsangkan. Namun Solskjaer enggan menerima sebarang kredit mengenai tiga pemain itu.

Rashford baru sahaja membuat penampilan ke-200 bersama United pada hujung minggu lepas. Beliau telah menjaringkan 22 gol untuk kelab dan negara pada musim ini sementara Martial pula telah menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan.

“Saya tidak mahu kredit, mereka telah bekerja keras untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran pada setiap perlawnan dan semuanya berjalan dengan baik. Mason dalam musim pertamanya, jadi dengan rekod sembilan gol dari 20 penampilan adalah amat menakjubkan.

“Marcus juga semakin berkembang dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Anthony sekalipun diketepikan selama lapan minggu kerana cede ra tetap mempunyai rekod yang baik. Saya senang hati dengan mereka semua. Tetapi apa yang penting adalah konsistensi dan kami mahu lihat lebih banyak lagi dari mereka.

Solskjaer telah mengesahkan Ashley Young tidak akan bermain dalam masa terdekat kerana cede ra dan berharap Eric Bailey yang sudah diketepikan sejak Julai kerana kecede raan lutut akan sempat cergas untuk perlawnan menentng Liverpool pada Ahad nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*