Vissel Kobe be1asah JDT 5-1

Hasrat skuad Harimau Selatan untuk memulakan saingan AFC Champions League 2020 dengan keputusan yang positif tidak menjadi kenyataan apabila mereka dibe1asah 1-5 oleh juara Emperor’s Cup 2019, Vissel Kobe sebentar tadi.

Dalam perlawnan tersebut, penye rang Vissel Kobe, Keijiro Ogawa menjadi dvri dalam daging apabila menjaringkan hatrik sambil dibantu oleh hantaran yang berkualiti daripada bekas pemain Barcelona, Andres Iniesta.

Tuan rumah turut diperkuatkan oleh bekas pemain skuad Piala Dunia Belgium, Thomas Vermaelen dan beberapa pemain skuad kebangsaan Jepun.

Andres Iniesta malam ini membuktikan kenapa beliau layak digelarkan sebagai maestro paling agung apabila melakukan hantaran ‘mavt’ pada minit ke 12 lalu disudahkan oleh lambungan Keijiro Ogawa yang mudah menewaskan Farizal Marlias.

Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat JDT untuk bangkit memburu jaringan penyamaan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke 27 apabila Safawi Rasid menyempurnakan sepa kan penalti selepas bola sepa kan Diogo Luis Santo terkena tangan Vermaelen.

Namun begitu, kegembiraan skuad kendalian Benjamin Mora tidak bertahan lama setelah Vissel Kobe kembali mendahului 2-1 hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti oleh  Kyogo Furuhashi menewaskan Farizal Marlias.

Memasuki separuh masa kedua, tuan rumah mendominasi perlawnan dan kerap memberi tekanan kepada barisan pemain pertahanan JDT.  Pada minit ke 58, Keijiro Ogawa menambah gol kedua peribadinya pada minit ke 58 selepas menerima hantaran cantik daripada Gotoku Sakai dari sebelah kiri.

Situasi itu memaksa Benjamin Mora melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Adam Nor Azlin menggantikan tempat S. Kunanlan yang jelas tidak bermain dengan baik malam ini.

FOTO: JST

 

7 minit kemudian, giliran penye rang import dari Brazil, Douglas Matos melebarkan kedudukan 4-1 selepas menyudahkan hantaran jarak jauh daripada tengah padang.

Ogawa dilihat begitu serasi bersama Iniesta dan dia sekali lagi bijak membaca hantaran ketua pasukan itu untuk menanduk masuk gol kelima pada minit ke-72 yang juga hatriknya dalam perlawnan itu.

Dengan kemenangan itu, Vissel Kobe kini mendahului kumpulan G setelah dua lagi pasukan tidak beraksi kerana perlawnan ditangguhkan akibat penu1aran virvs co rona. Selepas ini, JDT akan bertemu kelab dari Korea Selatan, Suwong Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim pada 3 Mac 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*