Vissel Kobe bukan tandingan pemain JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kekalahan 5-1 di tangan Vissel Kobe, petang tadi.

Gol daripada Vissel Kobe disumbangkan oleh Keijiro Ogawa (12’, 57’, 71’), Kyogo Furuhashi (28’) dan Douglas (57’). Manakala jaringan tunggal JDT hasil se pakan penalti pada minit ke-26.

Berikut adalah rating pemain-pemain JDT dalam saingan pembukaan Kumpulan G saingan ACL 2020 sebentar tadi:

Farizal Marlias – 3.5/10

Bolos lima gol dalam perlawnan ini namun ada beberapa percubaan dan aksi penyelamatan yang dilakukannya sekaligus mengelakkan JDT bolos lebih banyak gol.

S. Kunanlan – 2.5/10

Menjadi tumpuan Vissel Kobe untuk melakukan sera ngan dan Kunanlan dilihat cukup berge lut untuk mengawal dan menyekat pemain-pemain lawn.

Mauricio – 4/10

Beberapa kali menjadi penyelamat di barisan pertahanan namun terpaksa akur dengan kelicikan penye rang Vissel Kobe yang bijak mencari ruang untuk melepasinya.

Aidil Zafuan – 4/10

Sepertimana Mauricio, beberapa kali berjaya menghadang pihak lawn daripada melakukan percubaan ke arah gawang tetapi terpaksa akur barisan pertahanannya pincang sepanjang permainan.

Corbin-Ong – 4.5/10

Berbanding S. Kunanlan, Corbin-Ong dilihat cuba untuk melakukan naik ke atas membantu sera nga tetapi tidak banyak ‘overlapping’ efektif yang dapat dilakukannya. Kredit kepada lontaran pantasnya kepada Diogo membolehkan JDT meraih se pakan penalti.

Hariss Harun – 3/10

Separuh masa pertama ‘hilang’ daripada pandangan. Tiada sebarang perlindungan kepada barisan pertahanan. Separuh masa kedua cuba bangkit untuk membantu pasukan namun ia bukan hari yang cemerlang buat kapten Harimau Selatan ini.

Afiq Fazail – 3/10

Sama seperti Hariss, Afiq tidak kelihatan pada separuh masa pertama. Tiada gerakan atau hantaran daripadanya yang membolehkan JDT membina sera ngan daripada bawah.

Safawi Rasid – 6/10

Pemain JDT paling cemerlang di atas padang pada perlawnan ini. Banyak kali mendapat bola dan cuba untuk merencanakan seran  gan bersama Nazmi dan Diogo disamping rajin melakukan ‘trackback’ kepada pemain lawn.

Nazmi Faiz – 4.5/10

Selain Safawi, Nazmi antara pemain JDT yang berusaha gigih untuk merencanakan permainan dan se rangan namun sayang sekali beberapa hantarannya tidak sampai kepada rakan sepasukan.

Gonzalo Cabrera – 4/10

Hanya beberapa kali dilihat menyen tuh bola selain daripada itu tidak banyak kelihatan terlibat dalam permainan.

Diogo Luis Santo – 5/10

Hasil gerakannya di dalam kotak penalti berhasil memberikan JDT sep akan penalti. Turut turun sedikit ke bawah untuk membantu merencanakan seran gan tetapi tidak banyak percubaan bahaya daripadanya.

Pemain Gantian:

Adam Nor Azlin – 3/10

Masuk menggantikan S. Kunanlan pada minit ke-60 namun tidak banyak impak yang diberikan olehnya.

Natxo Insa – 3/10

Setelah sekian lama, Natxo Insa kembali tampil sebagai pemain gantian menggantikan Nazmi Faiz. Tenang ketika mengawal bola namun dia tidak dapat membantu banyak bahagian tengah JDT.

Syafiq Ahmad – n/a

Masuk pada minit ke-81 menggantikan Diogo namun tidak banyak yang dapat dilakukannya.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 
Sumber : Foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*