Stadium Sultan Ibrahim semakin bersedia untuk dibuka

Stadium baharu milik pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim kini sudah semakin bersedia untuk dibuka kepada umum pada bulan ini.

Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, stadium baharu tersebut kini bakal menjalani pemeriksaan oleh pihak penganjur liga dalam masa terdekat.

“Johor Darul Ta;zim akan melakukan pemeriksaan terakhir untuk Stadium Sultan Ibrahim bersama-sama badan pengelola bolasepak seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysian Football League (MFL) dan juga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).”

“Pemeriksaan itu akan dilakukan pada 18 dan juga 19 Februari ini,” kata Edwards menerusi laman JOHOR Southern Tigers.

Menurut Edwards, pemeriksaan itu dilakukan supaya Stadium Sultan Ibrahim itu dapat kelulusan untuk bermain di dalam kancah Liga Malaysia dan juga Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Stadium Sultan Ibrahim akan dibuka untuk pembukaan rasmi pada 22 Februari ini sebelum ianya mengadakan perlawnan kompetitifnya yang pertama pada penghujung bulan selepas itu.

Perlawanan kompetitif yang pertama di stadium tersebut adalah perlawnan Piala Sumbangsih menentng Kedah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*