Terengganu FC punya cita-cita besar dalam saingan Liga Malaysia 2020

Pasukan Terengganu FC mempunyai cita-cita tinggi dalam saingan Liga Malaysia musim 2020 apabila mahu memenangi semua kejuaraan yang dipertandingkan.

Perkara ini diutarakan oleh Presiden Persatuan BolaSepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dimana beliau meletakkan sasaran tersebut setelah membuat penilaian terhadap skuad bimbingan Nafuzi Zain itu.

Sumber Gambar: Terengganu FC

 

“Tidak salah untuk meletakkan sasaran yang tinggi kerana itu perkara biasa dan saya optimis pemain-pemain import serta tempatan akan memberikan yang terbaik.

“Yang paling penting adalah untuk membaiki pencapaian 2019.

“Sasaran lebih spesifik adalah TFC menjuarai semua pertandingan, bukan sekurang-kurangnya satu trofi seperti sebelum ini,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Sumber Gambar: Terengganu FC

 

Bagi menghadapi saingan musim 2020, Terengganu FC dibarisi seramai 80 peratus pemain yang merupakan anak jati Terengganu berbanding musim lalu hanya 60 peratus.

Nafuzi Zain akan dibantu oleh Subri Sulong dan Rosdi Talib, yang mana pernah memenangi kejuaraan Piala Malaysia ketika bergelar pemain Terengganu sebelum ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*