Matthew Davies sertai JDT?

Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Matthew Davies dikhabarkan semakin hampir untuk menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan musim 2020.

Perkara ini sedang hangat dibincangkan di laman media sosial dimana Persatuan BolaSepak Negeri Pahang (PBNP) dipercayai mengambil keputusan untuk menjual Matthew ke JDT.

Berita mengenai perpindahan Matthew Davies ke JDT sudah lama dibincangkan dimana rata-rata peminat serta pemerhati bolasepak tanah air menjangka pemain kacukan itu akan menyertai skuad Harimau Selatan pada musim 2021 nanti bagi menggantikan S.Kunanlan yang dianggap sudah melepasi zaman kegemilangan.

Namun, kece deraan serius yang dialami oleh Azrif Nasrulhaq serta prestasi kurang memberangsangkan Kunanlan pada perlaw anan Vissel Kobe baru-baru ini nyata memaksa JDT untuk mencari pengganti.

Aksi S.Kunanlan ketika perlawnan menentng Vissel Kobe. Sumber Gambar: JST

 

Setakat ini, masih belum ada sebarang pengumuman baik daripada PBNP dan juga JDT sendiri mengenai perpindahan Matthew Davies.

Sebelum ini, JDT meminjamkan dua pemain iaitu Fazly Mazlan dan S.Kumaahran kepada Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Votketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*