Kejuaraan Liga Manchester City 2014 dilucutkan?

Jika Manchester City kalah di dalam rayuan mereka di Mahkamah Timbang Tara Sukan selepas ini, mereka dijangka bakal berhadapan dengan hukvman yang lebih serius daripada Premier League.

Antaranya adalah, pemot0ngan mata dan juga kejuaraan liga yang mereka menangi pada 2014 mungkin akan ditarik balik.

Manchester City juga perlu untuk menstruktur semula kewangan kelab mereka. Dan mungkin terpaksa menjual beberapa pemain bintang mereka seperti Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Aymeric Laporte.

EPL akan melancarkan siasatan mereka selepas ini, dan akan mengambil tindakan yang perlu.

Buat masa ini, badan pengendali liga bolasepak England masih belum mengenakan sebarang pertudvhan ke atas Manchester City, dan tidak memberikan sebarang k0men.

Premier League turut tidak memberikan sebarang ko0men tentang potensi Manchester City bakal dipot0ng mata ataupun disingkirkan ke liga bawahan.

Jika Manchester City didapati bersalah dan hukvman oleh UEFA itu kekal, maka Premier League akan membuka buku peraturan mereka. Antara tindakan yang mereka boleh ambil adalah memot0ng mata.

Ini pastinya akan memberikan impak kepada kedudukan liga Manchester City pada akhir musim ini.

UEFA menerusi Club Financial Control Body Adjudicatory (CFCB) menyatakan bahawa Manchester City telah memalsukan jumlah tajaan dan pendapatan mereka, dalam laporan kewangan dari 2012-2016.

Ini bermaksud, ada kemungkinan kejuaraan liga Manchester City pada 2014 akan dilucutkan. Dan mungkin juga kejuaraan mereka pada 2012 akan terlibat juga.

Pada 2014, Manchester City juara liga mengatasi Liverpool. Momen ikonik ketika itu adalah ketika Steven Gerrard tergelincir.

Menurut peraturan EPL, ianya lebih lembut berbanding UEFA, di mana pasukan EPL dibenarkan untuk mengalami kervgian tak lebih £105 juta dalam masa 3 tahun.

Jadi, Premier League akan menyiasat berapa angka sebenar kerugian Man City selepas ditolak dengan beberapa angka yang tidak sah dinyatakan oleh Man City dalam laporan kewangan mereka.

Oleh yang demikian, buat masa ini, Premier League masih bertenang menunggu keputusan daripada mahkamah rayuan CAS.

Manchester City sudah melantik lapan orang peguam untuk mewakili mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*