Beberapa pembekal berikan ‘sample’ jersi untuk diuji kualiti, jenama KELME jadi pilihan Perak?

Kisah pasukan Perak yang dilaporkan sebelum ini dalam proses situasi yang agak kalvt untuk mencari pembekal jersi pasukan itu untuk musim 2020, dijangka akan menemui titik penghujungnya minggu hadapan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak pengurusan sedang mencari jenama yang mempunyai kualiti yang baik dan dikatakan beberapa buah jenama sukan sudah menghantar ‘sample‘ jersi untuk diuji kualitinya oleh pasukan Perak.

‘Sesi percubaan’ ini mungkin menjawab persoalan pemain dilihat memakai jersi latihan jenama lain dalam satu video latihan pasukan yang dimuat naik oleh individu tertentu di Instagram story.

Mungkin ada yang kurang jelas dengan beberapa isv melibatkan jenama sebelum ini yang dikatakan berat sebelah apabila pasukan atau persatuan tidak menjana apa-apa dari hasil jualan jersi pasukan menyebabkan ada banyak pasukan yang terpaksa mencari alternatif lain untuk turut sama menikmati hasil bagi kantung pasukan.

Ada juga pihak pengurusan di Malaysia ini tidak memandang jenama anak tempatan yang sudah banyak mencipta nama atas alasan tidak berapa ‘international’ walaupun tidak dapat diketahui apa yang dimahukan jika sesebuah jenama itu berstatus ‘international’ sekalipun, seterusnya meletakkan mereka ini sebagai pilihan akhir sekiranya sudah tiada jalan lain.

Kemaskini: Berdasarkan satu gambar yang dimuat naik untuk perlawnan Unity Shield, pasukan Perak dilihat akan menggunakan jersi jenama KELME seperti dibawah.

Namun, kita akan nantikan pengumuman rasmi dari pengurusan pasukan Perak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*