Sarawak mara, Mat Zan g1git jari setelah dikejutkan Real Chukai

Saingan pusingan pertama Piala FA 2020 yang berlangsung pada Sabtu tetap menarik meskipun hanya melibatkan pasukan Liga M3 dan Liga M4.

Bekas juara, Sarawak tidak berdepan masa lah mengesahkan tempat di pusingan pertama setelah menang besar ke atas pasukan dari Liga M4, Red Spade United FC dengan keputusan 6-1.

Penye rang muda, Azrizan Ahmad menjaringkan empat gol buat skuad kendalian Sam Timbe manakala dua lagi gol hadir menerusi Amar Muaz Zamri dan Hafizie Erwinshah.

Jelas Timbe, kemenangan ini merupakan permulaan yang cukup baik untuk pasukannya bagi musim 2020 apatah lagi selepas mereka tersingkir ke Liga M3.

“Satu perlawnan yang menarik untuk kami kerana berjaya mara ke pusingan pertama. Keputusan 6-1 ini memang saya tidak jangka dan ia satu kemenangan manis untuk pasukan ini kerana kami ingin mara jauh dalam saingan Piala FA.

“Saya akan pastikan barisan pemain kekal fokus untuk terus melakukan yang terbaik pada aksi pusingan pertama nanti kerana sudah pasti perlawnan akan lebih sukar berbanding hari ini,” katanya.

Turut menjejaki langkah Sarawak adalah pasukan Melaka United FC yang menang 2-1 ke atas pasukan Ikram Muda FC manakala skuad KT Rovers pula tidak berdepan masalah menundukkan pasukan bimbingan Azman Adnan, Ultimate FC dengan keputusan 4-0.

Dalam pada itu, Real Chukai dari Liga M4 melakar kejutan apabila menewaskan pasukan Liga M3, Melawati FC bimbingan jurulatih berpengalaman luas Mat Zan Mat Aris 1-0 sekaligus mara buat julung kalinya ke pusingan pertama Piala FA.

Pasukan-pasukan lain yang turut berjaya melayakkan diri ke pusingan pertama adalah SA United FC, Langkawi City FC, Protap FC dan Markless ST.

Terbaru, penyertaan pasukan PIB FC dalam saingan Piala FA dibatalkan selepas gagal melengkapkan pendaftaran pemain dan pegawai di dalam Sistem FAM /MyPas yang diwajibkan kepada pasukan-pasukan Liga M sekali gus memberi kemenangan 3-0 kepada SSFC.

Justeru, hanya 6 lagi baki perlawnan akan berlangsung pada Ahad ini untuk melengkapkan senarai pasukan di pusingan pertama Piala FA.

Foto : MFLu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*