TFC tetap harga tiket RM15 untuk semua tempat duduk musim 2020

Kelab BolaSepak Terengganu (Terengganu FC) menetapkan harga tiket untuk perlawnan bolasepak di venue baharu, Stadium Sultan Mizan Zainan Abidin (SSMZA) pada saingan Liga Malaysia 2020 adalah berharga RM15 untuk semua tempat duduk.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan BolaSepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim selepas daripada majlis pelancaran jersi baharu Teregganu FC di Dataran Batu Burok, semalam.

Harga itu ditetapkan berikutan SSMZA tidak memiliki bumbung sekaligus tidak membolehkan mereka mengadakan seksyen tempat duduk pentas utama atau grandstand di stadium tersebut.

“Harga tiket sama macam musim lepas RM15 untuk semua (tempat duduk) sebab kita tiada tempat duduk grandstand,” katanya di hadapan para wartawan.

Sementara itu, Hishamuddin yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu turut memberi jaminan tiada sebarang masalah keselamatan melibatkan SSMZA.

“Stadium Sultan Mizan ini JKR telah jamin dari segi keselamatan, kita telah bermain dahulu tetapi kita tidak bermain selepas daripada itu atas faktor padang sahaja,” tambahnya lagi.

Dan pihak pengendali liga, Malaysian Football League (MFL) akan turun ke SSMZA pada minggu depan untuk membuat semakan terakhir terhadap padang sebelum bermulanya saingan Liga Super Malaysia 2020 pada hujung bulan ini.

Foto: Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*