Tinggalkan Pahang, Matthew Davies akui bukan keputusan yang mudah

Seperti yang dilaporkan semalam, pemain pertahanan skuad kebangsaan, Matthew Davies sah akan meninggalkan skuad Tok Gajah untuk menyertai juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2020.

Ketiadaan Davies yang pernah beraksi bersama kelab Perth Glory dari Australia memberi tam paran hebat buat skuad kendalian Dollah Salleh ketika saingan Liga Super hanya berbaki dua minggu lagi untuk dibuka tirainya.

Bagaimanapun, Davies mengakui sukar untuk meninggalkan pasukan yang disertainya sejak tahun 2015 dan sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan BolaSepak Negeri Pahang (PBNP) dan para peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya bersama pahang fa. Setelah lima musim dengan kelab ini dan lebih 150 perlawnan , saya terpaksa memberitahu perpisahan saya.

“Amat sukar untuk saya mengucapkan dalam kata-kata bahawa negeri ini amat lah bermakna bagi saya dan betapa sukarnya untuk dipisahkan,” tulis Davies dalam satu kenyataan di laman instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Today is a bittersweet day for me, my time at Pahang FA has come to an end. After five seasons with the club and over 150 games I’m saying my farewells. It’s hard to put into words what representing this state meant to me and how hard it will be to part. Pahang will forever have a special place in my heart, I can’t thank my teammates, Pahang FA staff and of course the fans enough. ⁣ ⁣ I want to thank Tengku Muda Pahang for always having faith in me and allowing me to captain this team since 2016, it’s truly been an honour.⁣ ⁣ Hari ini merupakan hari yang pahit manis bagi saya kerana terpaksa memberitahu bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bersama pahang fa. setelah lima musim dengan kelab ini dan lebih 150 perlawanan , saya terpaksa memberitahu perpisahan saya. Amat sukar untuk saya mengucapkan dalam kata2 bahawa negeri ini amat lah bermakna bagi saya dan betapa sukarnya untuk dipisahkan.⁣ ⁣ Pahang akan selamanya ada tempat yang istimewa di hati saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan terutama sekali para2 peminat. ⁣ ⁣ Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Muda Pahang kerana selalu mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi kapten pasukan ini sejak 2016, ini menjadi penghormatan bagi saya dan saya akan mengingati detik2 manis ini selama-lamanya. Walaupun saya berada di tempat lain, Pahang tetap di hati saya.

A post shared by Matt Davies (@matttdavies) on

Sepanjang bersama Pahang, Davies yang juga kapten pasukan bermula pada 2016, pernah membantu Tok Gajah muncul sebagai juara Piala FA 2018.

Prestasi mantap yang dipersembahkan pemain berumur 25 tahun itu menyaksikan khidmatnya ditagih skuad bawah 23 tahun negara dan Harimau Malaya.

“Pahang akan selamanya ada tempat yang istimewa di hati saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan terutama sekali para2 peminat. ⁣

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Muda Pahang kerana selalu mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi kapten pasukan ini sejak 2016, ini menjadi penghormatan bagi saya dan saya akan mengingati detik-detik manis ini selama-lamanya. Walaupun saya berada di tempat lain, Pahang tetap di hati saya,” ujarnya.

Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui perancangannya sedikit terganggu apabila kehilangan tonggak utama di bahagian pertahanan.

“Dia mahu pergi. Cuma, ia berlaku di saat akhir. Sampai sekarang, kami masih terumbang-ambing. Ada pemain yang ce dera, kemudian awang import baru sampai,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*