10 bintang tak ingin United

LONDON: Sebagai pemain bolasepak, sudah tentu ramai yang memasang impian bermain bersama salah satu pasukan terbaik dunia, Manchester United.

Namun, jangan terkejut kerana pasukan gergasi itu juga pernah ‘ditolak’ beberapa pemain bintang sebelum ini.

Berikut antara pemain yang tidak ‘teringin’ beraksi di Old Trafford, sebaliknya mengejar impian bersama pasukan lain:

1. Arjen Robben

Pemain berbakat Belanda ini sudah diintai United sejak pemain itu beraksi bersama PSV Eindhoven namun percubaan mereka mendapatkan Robben ketika itu digagalkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Kenyon yang menyertai Chelsea dan kemudiannya menandatangani beberapa sasaran United termasuklah Robben.

Robben turut berada dalam sasaran Louis Van Gaal selepas aksi memukaunya bersama Oranje pada Piala Dunia 2014, namun dia menolak menyertai United dan menyatakan dia sudah selesa di Bayern Munich.

Katanya dipetik daripada media Inggeris ‘saya tidak mahu ke United. Jika Bayern Munich bersetuju sekalipun untuk perpindahan, saya tidak akan berpindah ke sana.’

2. Toni Kroos

Kroos menjadi sasaran nombor satu David Moyes pada musim panas keduanya bersama United dengan dia disifatkan bakal menjadi pemain ideal untuk menyelesaikan masalah jentera tengah pasukan itu.

Namun pengganti Moyes, Louis van Gaal tidak berminat dengan Kroos apabila memilih Daley Blind dan Ander Herrera sebelum Kroos menyertai Real Madrid dengan nilai 24 juta pound (RM129 juta).

Pemain Jerman itu seakan ‘men gejek’ United selepas dia memenangi Kejuaraan Piala Dunia Kelab bersama Madrid dan berkata ‘saya memilih Real Madrid dan saya gembira dengan keputusan ini. Saya bertuah kerana menyertai Real Madrid.’

3. Lucas Moura

Sir Alex Ferguson begitu terdesak mendapatkan Moura yang dilihat mampu menjadi pengganti Cristiano Ronaldo dan bersedia dengan bidaan sekitar 30 juta pound (RM161 juta) kepada Sao Paolo.

Namun, pemain Brazil itu tidak berminat menyertai United yang dianggap membosankan dan memburu ‘duit minyak’ dengan menyertai Paris Saint Germain namun United jelas beruntung apabila pemain sayap itu bergel ut di Ligue 1.

Moura kemudiannya menyertai Tottenham dan meledak dua gol menentng United di Old Trafford.

4. Karim Benzema

Karim Benzema muncul sebagai prospek terhangat pada musim 2008/09 selepas dia menyerlah bersama Lyon dan diintai selama tiga tahun United bermula 2008-2011, namun Benzema memutuskan menyertai kelab impiannya, Real Madrid sekali gus menolak United.

Penye rang Perancis itu boleh bergandingan dengan Wayne Rooney di United, tetapi dia memilih beraksi bersama Cristiano Ronaldo dan Kaka dengan dia mengakui menolak tawaran beberapa pasukan termasuk United.

“Ada beberapa pasukan berminat seperti United, Inter Milan dan Barcelona tetapi saya mahu ke sini (Real Madrid) kerana ini impian saya sejak berusia 15 tahun.”

5. Gareth Bale

Bale menarik minat United ketika dia beraksi di bek kiri bersama Akademi Southampton, namun United enggan mengeluarkan belanja besar mengikat pemain remaja.

Bale kemudiannya menyertai Spurs dan ketika dia mahu meninggalkan pasukan itu, David Moyes melancarkan bidaan yang memecah rekod dunia buat pemain itu, tetapi dia menolak ke Old Trafford dan memilih ke Bernabeu untuk beraksi bersama Cristiano Ronaldo.

6. Paul Gascoigne

Gascoigne dilabel sebagai antara penye rang terbaik England untuk generasinya dan menarik perhatian Sir Alex Ferguson, namun Gazza memilih menyertai Spurs.

Sehingga ke hari ini Ferguson menyatakan kekesalannya kerana gagal memikat Gascoigne ke Old Trafford dengan penye rang itu akhirnya mengakui ia satu kesilapan yang besar apabila menolak United.

“Dia (Ferguson) selalu berkata bahawa salah satu penyesalannya adalah tidak menandatangani saya, tetapi bagi saya, ia adalah sebaliknya.”

7. Patrick Kluivert

Penye rang Belanda yang cemerlang pada kempen Piala Dunia 1998 ini begitu dimahukan Sir Alex Ferguson memandangkan Fergie mahu memantapkan lagi jentera sera ngannya bagi menyekat kebangkitan Arsenal di bawah teraju Arsene Wenger.

Bagaimanapun, Kluivert menyertai Barcelona dan ia jelas menyakitkan hati Ferguson apabila meluahkannya dalam autobiografinya.

“Ketika Kluivert muncul penye rang tengah berbakat langsung tidak mengendahkan hasrat kami pada 1998 dan enggan sekalipun berbual dengan kami, saya percaya dia akan jadi orang yang lebih tidak berguna berbanding kami.”

8. Eden Hazard

Eden Hazard yang sebelum ini beraksi di Lille mencetuskan ‘pepe rangan’ antara tiga pasukan iaitu Manchester United, Manchester City dan Chelsea.

Semua pasukan bersetuju dengan terma diberikan Lille, namun ia bergantung kepada keputusan Hazard sendiri dan pemain Belgium itu akhirnya memilih menyertai The Blues.

Laporan menyatakan United tidak menawarkan kontrak yang terbaik kepadanya dan dia tidak berminat ke City sekalipun ditawarkan pakej lumayan, jadi dia menyertai Chelsea yang ketika itu baru menjuarai Liga Juara-Juara.

9. Alan Shearer

Penye rang England terbaik ini sebenarnya menolak United dua kali iaitu kali pertama ketika dia menolak United untuk menyertai Blackburn Rovers dan kali kedua ketika dia menyertai pasukan semasa kecilnya, Newcastle United.

Ketua Eksekutif Newcastle United ketika itu, Freddy Shepperd mendedahkan Shearer mahu pulang dan sememangnya mahu beraksi bersama pasukan itu sekali gus menyaksikan United sekali lagi terlepas penye rang terbabit.

10. Ronaldinho

Gaucho hampir ditandatangani Sir Alex Ferguson pada 2005, tetapi urusan perpindahan itu gagal pada saat akhir selepas pemain Brazil itu memilih ke Barcelona.

Mendedahkan perkara itu, Ronaldinho berkata ‘rakan baik dalam lembaga pengarah Barcelona, Sandro Rosell bertanya sama ada saya berminat ke Barcelona jika mereka memenangi pemilihan dan saya berkata ya.

“Saya hampir menyertai United ketika itu dan tinggal beberapa perkara untuk diselesaikan, namun Rosell menghubungi saya dan memaklumkan mereka memenangi pemilihan.

“Semuanya berlaku dengan pantas.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*