1su tunggakan gaji terus menghantui TFC

Persatuan BolaSepak Negeri Terengganu (PBSNT) berisik0 dikenakan hukvman berat oleh Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) apabila didkwa belum menyelesaikan 1su tunggakan gaji yang melibatkan bekas pemain daripada musim lalu.

Menurut laporan daripada Stadium Astro, difahamkan tunggakan gaji bekas pemain sejak tahun 2018 masih belum dijelaskan termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta cukai pendapatan.

“Pemain-pemain yang masih kekal bersama pasukan berkenaan musim ini mungkin tidak berani untuk bersuara.

“Saya pesan kepada bekas pemain lain supaya bersabar, saya sendiri tidak bersuara sedangkan sudah dua tahun menunggu. Yang menjadi persoalan bagaimana mereka terlepas daripada sebarang hukvman,” kata sumber rapat pasukan itu menerusi panggilan telefon.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

 

Malah, PBSNT juga dikatakan telah memungkir janji mereka untuk melunaskan segala hutang kepada pemain dan pegawai mengikut tarikh yang ditetapkan.

“Tunggakan ini membabitkan pemain dan pegawai pasukan bagi musim 2018 lagi dan ada juga musim 2019. Kita tidak bising sebab mengharapkan PBSNT bayar dan mereka janji akan membuat bayaran pada 10 Februari lalu.

“Tapi sekarang sudah lewat beberapa hari dan mereka pun tiada hubungi. Saya juga difahamkan ada pemain import sudah buat laporan ke FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa),” kata sumber daripada Berita Harian

Minggu lalu, FAM memberi amaran keras kepada mana-mana pasukan Liga Malaysia yang mempunyai tunggakan gaji supaya melunaskan hutang mereka sebelum saingan liga bermula.

Pasukan tersebut juga boleh dikenakan hukvman pemot0ngan mata atau sekatan pembelian pemain sebagai peringatan supaya tidak melakukan kesalahan sama.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*