FIFA benarkan Liridon Krasniqi sertai Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Dunia 2022

Timbalan Presiden Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendedahkan Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA) sudah memberi lampu hijau untuk menyenaraikan pemain naturalisasi dari Kosovo, Liridon Krasniqi dalam skuad Harimau Malaya.

Perkembangan itu disahkan dalam laporan Arena Metro hari ini dan pemain tengah JDT itu dijangka akan membuat penampilan sulung dalam perlawnan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE pada bulan Mac depan.

“Liridon sudah dapat ‘lampu hijau’ iaitu kebenaran daripada Fifa untuk disenaraikan beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

“Namun, ia bukan tiket untuk dipilih terus mewakili negara kerana perlu juga mendapat persetujuan daripada Cheng Hoe.

“Kita menilai pemain daripada persembahan terkini dan berharap Liridon memenuhi kriteria yang ditetapkan pengendali Harimau Malaya,” kata Yusoff Mahadi.

Sumber Gambar: FAM

 

Bagaimanapun, tempat Liridon dalam skuad kebangsaan belum terjamin kerana beliau perlu menunjukkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Super nanti untuk memikat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Malaysia kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand. Skuad negara turut mempunyai peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Justeru itu, FAM telah mengaturkan perlawnan persahabatan antarabangsa menentng pasukan di ranking 99 dunia iaitu Bahrain bulan depan sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam pada 26 dan 31 Mac 2020.

Selepas Liridon, FAM juga sedang menunggu keputusan naturalisasi seorang lagi pemain di posisi serngan. Calon tersebut ialah bekas pemain import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dari Brazil yang mempunyai pengalaman beraksi dengan 18 buah kelab sepanjang karier bolasepaknya.

Bagaimanapun, proses naturalisasi De Paula memerlukan sedikit masa lagi untuk diselesaikan bagi memastikan FAM memenuhi segala ketetapan FIFA.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*