Dikatakan yuran perpindahan RM16 juta, ini kenyataan balas Mattew Davies

Bakal pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan yuran perpindahan beliau sebesar RM16 Juta seperti yang diperkatakan sebelum ini sebagai satu “fake news”.

Davies berkata demikian menerusi laman Instagram Story miliknya dimana pemain berusia 24 tahun itu berasa hairan dengan khabar angin mengenai jumlah yuran perpindahan yang dibayar oleh JDT untuk mendapatkan khidmat beliau.

Sumber Gambar: Matthew Davies

 

Sebelumnya, Davies mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong setia pasukan Pahang dimana beliau mengakui sukar untuk meninggalkan pasukan yang disertainya sejak tahun 2015 lalu.

Bekas pemain Perth Glory ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan BolaSepak Negeri Pahang (PBNP) dan para peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Sepanjang beraksi bersama Pahang, Davies yang juga dilantik sebagai ketua pasukan bermula musim 2016 lalu pernah membantu Tok Gajah muncul sebagai juara Piala FA 2018.

Matthew Davies dijangka mengambil alih tempat S.Kunanlan dalam kesebelasan utama pasukan JDT selepas pemain berusia 33 tahun itu menampilkan aksi yang kurang memberangsangkan ketika saingan AFC Champions League (ACL) 2020 Khamis lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*