Nilai perpindahan kapten Pahang, Matthew Davies bukan RM16 juta

Beberapa hari lalu, timbulnya desas-desus mengenai kapten pasukan Pahang, Matthew Davies bakal meninggalkan pasukan dan dikaitkan menyertai juara Liga Super Malaysia enam kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Khabar angin mengenai perpindahan Davies semakin hangat apabila ianya disahkan oleh individu yang rapat dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) seperti dilaporkan oleh media tempatan, semalam.


Instagram Story yang tvlar

Selepas daripada itu, tvlar mengenai sebuah tangkap layar di laman sosial mengatakan pihak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menebus kontrak Matthew Davies dengan nilai RM16 juta.

Tambahnya lagi, pemain berusia 25 tahun itu akan diperkenalkan oleh skuad Harimau Selatan pada hari isnin sekaligus akan memulakan sesi latihan pertamanya di Pusat Latihan Padang Seri Gelam.


Foto: Instagram Matt Davies

Namun, jumlah perpindahan sebanyak RM16 juta itu membuatkan Matthew Davies sendiri terkejut dan menyangkal sama sekali dak waan itu menerusi satu hantaran di laman sosialnya, sejurus sahaja mengumumkan keputusannya untuk keluar meninggalkan skuad Tok Gajah, pada hari ini.

Nilai RM16 juta itu sama sekali tidak masuk akal memandangkan kontrak Davies hanya berbaki semusim sahaja lagi bersama PBNP dan menurut laman informasi bola sepak berpangkalan di Jerman, Transfermarkt menganggarkan nilai semasa pertahanan skuad kebangsaan itu sekitar 300,000 euro atau RM1.3 juta hingga RM1.4 juta sahaja

Foto: Pahang FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*