JDT adalah ‘another level’ di Malaysia – Aidil Sharin

Ketua Jurulatih pasukan Kedah, Aidil Sharin menyatakan, perlawnan Unity Shield tempoh hari akan dijadikan perlawnan untuk menganalisis pasukan mereka, dalam rangka persiapan berhadapan dengan JDT.

Aidil mahu para pemain belajar sesuatu dan mereka akan kembali berlatih untuk memperbaiki beberapa kelemahan.

Dengan itu, beliau berharap mereka akan beraksi lebih baik selepas ini, dalam aksi Piala Sumbangsih berhadapan dengan JDT.

Kedah tewas di tangan Perak dalam Perisai Uniti tersebut dengan jaringan 3-1.

Bagi Aidil, bukan kekalahan yang menjadi perkara utama, tetapi catatan nota tentang prestasi dan persembahan pasukan.

Kedah akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim  pada 28 Februari akan datang. Aidil sudah mengenalpasti beberapa kelemahan pasukan mereka dan akan cuba memperbaikinya.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami bertemu dengan sebuah pasukan kuat. Kami tahu cara Perak bermain.”

“Dan daripada gol yang kami lepaskan, jelas sekali kami harus lebih baik ketika itu.”

“Kami gagal untuk mendapatkan rentak pada awal 10 minit pertama, dan juga 10 minit yang terakhir.”

“Tetapi secara keseluruhannya, para pemain telah berusaha keras, bermain di hadapan atmosfera yang bagus. Ini adalah pembelajaran berguna untuk kami ‘bangun’ sebelum berhadapan dengan JDT selepas ini.”

“Saya berpendapat, kami memang perlukan perlawanan seperti ini. Harapan saya, agar kami semua boleh mengambil iktibar dan bermain lebih baik selepas ini.”

“Apa yang kami mahu adalah, bangun pagi esok dan beritahu diri sendiri, bahawa kami akan melakukan lebih baik daripada semalam.”

Seterusnya Aidil Sharin berharap mereka sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi JDT selepas ini. Pasukan yang beliau anggap sebagai berada di ‘another level’ di Malaysia.

“Kamu tak boleh kata kamu bermain baik, apabila kamu tewas. Jadi, kita kena cari apa masalah kita, dan cuba perbaikinya, kerana lawan kami selepas ini, JDT adalah pasukan yang kuat.”

“Semua orang tahu, JDT ini adalah pasukan yang berada di tahap yang berbeza berbanding yang lain – di Malaysia ini.”

“Kami perlu pastikan segalanya sudah diperbetulkan dan bermain sebagai sebuah pasukan.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*