‘Sampai hati tinggalkan kami’ – peminat setia Tok Gajah

Rata-rata peminat setia skuad Tok Gajah ke cewa dengan tindakan pemain pertahanan, Matthew Davies yang mengambil keputusan meninggalkan Pahang sedangkan saingan Liga Super berbaki dua minggu lagi membuka tirai.

Peminat terkilan dengan tindakan bekas ketua pasukan itu bertindak mengangkat kaki tanpa sebarang alasan ketika Tok Gajah gigih melakukan persiapan terakhir.

Peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan berkata, tidak sepatutnya pemain kebangsaan itu bertindak meninggalkan Tok Gajah yang kini sedang membentuk pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super.

Katanya, peminat menaruh harapan begitu tinggi pemain berkenaan terus kekal meneraju pasukan musim ini namun berlaku sebaliknya tanpa disangka terutama dua minggu sebelum se pak mula liga bermula.

“Ketiadaan Davies sedikit sebanyak menjejaskan kekuatan Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh, kemampuan mengawal benteng kanan menjadi kelebihan kepadanya sejak bersama Pahang pada 2015.

“Larian pantas dan hantaran lambung yang menarik mencari jentera sera ngan turut menjadi kelebihan pada pemain berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, walaupun ke cewa dengan tindakan dibuat Davies namun sebagai peminat dia perlu menerima hakikat apa yang berlaku, sebagai pemain profesional dia (Davies) perlu bijak membuat keputusan demi masa depan kerjayanya.

Mazlan berkata, jurulatih sudah pasti memiliki kelibat pemain gantian yang tidak kurang hebatnya walaupun tidak setanding Davies.

Rakanya, Mohd Imran Hafiz berkata, dia tidak menyangka Davies sanggup berbuat demikian. “Pilihan di tangan Davies. Dia yang lebih berhak membuat keputusan walaupun tidak disenangi peminat,” katanya yang yakin Pahang akan menyerlah musim ini.

Sementara itu, tinjauan sesi latihan skuad Tok Gajah di padang Taman Gelora, di sini mendapati beberapa pemain muda diberi peluang oleh jurulatih untuk mengisi posisi pertahanan kanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*