Solksjaer beri isyarat Pogba mungkin tidak akan beraksi lagi

Masa depan Paul Pogba terus menjadi tanda tanya apabila jurulatihnya, Ole Gunnar Solksjaer enggan mengesahkan dia akan beraksi lagi atau tidak untuk Manchester United.

Pogba yang tidak diturunkan sejak 26 Disember akibat kece deraan buku lali telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

“Kami masih memerlukan khidmatnya di atas padang kerana dia adalah seorang pemain yang berkualiti,” jelas Solksjaer.

Namun, Solksjaer enggan mengulas ketika ditanya mengapa Pogba tidak menyertai sesi latihan semasa cuti musim sejuk.

Solksjaer sendiri tidak pasti masa depan Pogba.

“Saya yakin, Pogba sendiri ke cewa dengan kece deraan yang dialaminya namun dia perlu kembali cergas untuk bermain semula,” ujar Solksjaer.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Belle victoire ✌🏾 @equipedefrance 🇫🇷…bolivia somos siempre familia 🇧🇴🤗❤️

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

Pemain berusia 26 tahun itu menunjukkan aksi yang kurang konsisten sejak pulang ke Manchester United.

Real Madrid dan Juventus dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada musim hadapan. –DAILYMAIL

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*