Steven Gerrard ‘teruja’ jika kejuaraan EPL City pada 2014 ditarik balik

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard menyatakan beliau agak ‘teruja’ untuk melihat sekiranya gelaran juara EPL Manchester City pada 2014 ditarik balik.

City sebelum ini telah dikenakan tindakan pengggantvngan selama dua tahun daripada menyertai kejohanan Eropah oleh UEFA sebelum didapati bersa lah melang gar peraturan kewangan FIFA.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu juga mungkin akan kehilangan kejuaraan liga pada 2014 sekiranya pihak Persatuan BolaSepak (FA) England menjalankan siasatan berasingan yang memungkinkan Manchester City ditolak mata.

“Saya ada baca mengenainya pada pagi ini,” kata pengurus Rangers itu yang mengetuai pasukan Liverpool yang menamatkan saingan hanya dua mata di belakang City pada 2014.

“Kita tunggu dan lihat. Dari kacamata pihak UEFA, terdapat sebab yang kukuh untuk mereka diden da. Saya pasti mereka akan membuat rayuan. Jadi kita tunggu sahaja apa perkembangannya.

“Jika kamu lihat hukvman tersebut dikenakan oleh UEFA, bermakna ada kesalahan besar yang berlaku. Jadi saya tertarik untuk melihat lebih dekat mengenai perkara ini. Selagi tiada apa-apa hukvman oleh pihak EPL, saya tidak akan memberikan k0men lanjut.”

Sekiranya kejuaraan Manchester City tersebut ditarik, Gerrard sudah pasti menjadi individu yang paling gembira kerana ada kemungkinan gelaran EPL tersebut akan diberikan kepada Liverpool. Ia sekaligus dapat melengkapkan trofi yang tidak pernah dimenangi olehnya.

“Pada waktu itu Manchester City menjadi juara dan saya hanya mampu untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. Saya tiada apa yang hendak dikatakan lagi mengenainya. Apa yang saya boleh cakap, saya sangat ‘tertarik untuk melihat apa yang UEFA akan lakukan.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*