Jika City berdepan penggantungan UCL, ini yang akan Guardiola lakukan

Sebelum ini pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengatakan beliau berkemungkinan akan dipecat sekiranya gagal membawa pulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ke Stadium Etihad. 

Penggantungan selama dua musim City ternyata memberikan kesan besar kepada misinya untuk menjulang kejuaraan tersebut buat kali pertama bersama pasukannya itu.

Bagaimanapun, BBC mendedahkan Guardiola dilaporkan telah bercakap kepada kenalan rapatnya bahawa beliau akan terus kekal bersama The Citizen untuk menghadapi ‘tempoh sukar’ kelab tersebut.

Sekiranya City gagal dalam rayuanya di mah kamah timbang tara, mereka tidak dibenarkan untuk beraksi dalam mana-mana kejohanan Eropah sehingga tahun 2022. Kontrak Guardiola bersama City pula akan tamat pada 2021.

Setakat ini jurulatih kelahiran Sepanyol itu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isv terbaharu ini dan media melaporkan beliau akan membuat kenyataan rasmi mengenainya pada Rabu.

Di dalam kontrak beliau, terdapat satu klausa yang membenarkan Guardiola untuk meninggalkan pasukan tersebut pada penghujung musim ini dan beberapa pihak menjangkan beliau akan mengaktifkan klausa berkenaan sekiranya City gagal dalam proses rayuan untuk mengetepikan hukvman penggantungan berkenaan.

Namun begitu, sumber terdekat berkenaan mengatakan jurulatih berusia 49 tahun itu tidak akan melakukannya dan akan terus memberikan komitmen kepada kelabnya itu.

Guardiola mungkin akan bercakap mengenai perkara tersebut secara terbuka selepas perlawnan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United pada Rabu ini.

Perlawnan tersebut telah diatur semula selepas ditanggvhkan akibat dari cuaca buruk pada 9 Februari lepas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*