Mat Yo berhijrah Ke Thailand bukan kerana wang

Wang bukan sebab utama mengapa bekas penye rang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha memilih untuk beraksi di Thailand pada musim ini.

Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Norshahrul melalui akaun Instagram beliau baru-baru ini. Malah pen yerang pasukan kebangsaaan ini berkata sebab utama beliau memilih untuk beraksi di Thailand adalah untuk meraih pengalaman.

Perkara itu dijelaskan oleh Norshahrul untuk menafikan tanggapan ne gatif sesetengah pihak yang menganggap pemergian beliau ke Thailand hanyalah untuk mengejar kemewahan semata-mata.

“Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian. Saya di sini (Thailand) bukan kerana gaji yang besar atau lumayan. Saya mencari pengalaman. Kalau nak gaji besar (lebih) baik saya duduk dan bermain di Malaysia.

“Anda fikir saya senang di sini? Saya ada tanggungjawab besar dan berat perlu dipikul. Tolong bagi saya ruang, saya tak minta disokong atau dike ji, dihi na mahupun sebaliknya. Berhentikan!.

“Saya perlukan ruang untuk saya mencari rezeki. Doa baik-baik, cakap baik-baik. Insya-Allah semua kebaikan akan berlaku.

“Kerjasama kalian amat saya hargai. Hanya Allah dapat membalas kebaikan anda semua,” kata Mat Yo di laman Instagram miliknya semalam.

Norshahrul tampil dalam perlawnan pertama bersama BG Pathum United di Liga Thailand pada Sabtu lalu apabila membantu pasukannya menewaskan Muangthong United 2-1 pada Sabtu lalu.

Norshahrul yang beraksi sebagai pemain kesebelasan utama pada babak pertama perlawnan sebelum digantikan dengan Peerapong Pichitchotirat pada babak kedua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*