Tindakan Matthew Davies menggangu perancangan Pahang – Dollah

Naib juara Liga Super 2019, Pahang akan mempertaruhkan pemain sedia ada bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Matthew Davies setelah mengumumkan penghijrahannya, semalam.

Menurut laporan Stadium Astro, ketua jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berkata pihaknya tidak mempunyai masa untuk mencari pemain baharu memandangkan saingan Liga Super 2020 bakal membuka tirainya dalam masa dua minggu sahaja lagi.

Dollah bercadang untuk menggunakan pemain sedia ada dalam skuadnya pada ketika ini untuk mengisi posisi pertahanan kanan dan antara pemain yang mungkin menjadi sandarannya ialah Muhammad Ashar Al-Afiz, berusia 24 tahun. 

“Dia mahu pergi. Cuma, ia berlaku di saat akhir. Sampai sekarang, kami masih terumbang-ambing. Ada pemain yang ce dera, kemudian awang import baru sampai,” kata Dollah yang mengakui pemergian Davies secara tiba-tiba itu sedikit sebanyak merencatkan perancangannya.

Sementara itu, dalam pengumumannya, Davies yang juga pemain skuad kebangsaan turut tidak mendedahkan ke mana hala tujunya selepas ini setelah lima musim bersama Pahang serta merangkul kejuaraan Piala FA pada musim 2018.

Malah bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) turut membisu seribu bahasa mengenai penghijrahan kapten pasukan mereka.

Bagaimanapun, ramai pemerhati bolasepak menjangkakan Matthew Davies akan menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) atas faktor pasukan itu memerlukan pemain yang berkaliber untuk menggantikan S. Kunanlan yang menghampiri penghujung karier serta isv kece deraan yang melanda Nazrif Nasrulhaq.

Foto: Pahang FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*