Kuala Lumpur Rovers ikat bekas pemain imports Melaka United, Sergio Aguero

Pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga M3 musim 2020, Kuala Lumpur Rovers berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain import Melaka United, Sergio Fabian Ezequiel Aguero bagi memperkuatkan jentera sera ngan.

Perkara ini diumumkan oleh KL Rovers sendiri menerusi laman media sosial rasmi pasukan dan Aguero berkemungkinan besar akan membuat aksi kompetitif pertama bersama kelab baru beliau pada perla wanan kelayakan Piala FA Malaysia 2020 menen tang Klasiko FC yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.

Selain pernah menyarung jersi Melaka United, Sergio Aguero musim lalu turut beraksi bersama dua pasukan dimana beliau beraksi bersama Selangor United sebelum berhijrah dengan menyertai Pulau Pinang pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim lalu.

Davy Claude Angan. Sumber Gambar: MUSA

 

Selain berjaya mendapatkan khidmat Aguero, Kuala Lumpur Rovers turut menandatangani seorang lagi bekas pemain import Melaka iaitu Davy Claude Angan dan kedua-dua pemain ini akan menjadi nadi utama di bahagian se rangan.

Musim ini, KL Rovers turut dibarisi oleh pemain tempatan berpengalaman seperti beberapa pemain yang pernah beraksi di Liga Super dan Premier seperti Hafiz Kamal, Naim Nazmi, Azman Chuchu dan Afiq Ahmad Razali.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*