Tewas kepada Vissel Kobe, ini k0men TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui Vissel Kobe sememangnya berada di kelas tersendiri setelah melihat kelabnya tewas kepada wakil dari saingan J. League itu semalam.

TMJ berkata demikian menerusi laman Instagram Story miliknya dimana baginda turut menyatakan nasib tidak menyebelahi JDT pada perlawnan semalam.

Sumber Gambar: Instagram TMJ

 

JDT tunduk dengan keputusan 5-1 dan nyata perbezaan kedua-dua pasukan bagaikan langit dan bumi dimana Vissel tampil dengan lebih bertenaga dan lebih baik dari segala aspek.

Ketua pasukan Vissel, Andres Iniesta menjadi dvri dalam daging bagi juara Liga Super musim 2019 itu apabila menampilkan persembahan cemerlang dimana beliau menyumbang tiga assist kepada Keijiro Ogawa yang menjaringkan hatrik.

Dua lagi gol dijaringkan oleh Kyogo Furuhashi dan Douglas manakala gol tunggal JDT dijaringkan oleh pemain sayap, Safawi Rasid dimana beliau menyempurnakan sepa kan penalti pada separuh masa pertama.

 

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*