Kenali pemain ragbi yang mirip mohamed Salah

Telah tular satu video pemain ragbi yang mirip kepada pemain bolasepak sensasi masa kini yang beraksi di kelab paling padu di muka bumi, Liverpool iaitu Mohamed Salah.

Dari gaya larian, rambut dan jambang sosok tubuh itu tidak ubah dan persis kepada pemain kelahiran Mesir itu ditambah pula dengan kualiti video 3GP.

Bak kata pepatah : Gerak geri serupa tak ubah kekasihku dulu, gaya lenggang pun sama membuat hatiku cem buru, dikaulah yang kuangan, dikaulah yang kuhajati, serasi membawa bahagia.

Miripnya pemain ragbi itu kepada Mo Salah disetujui ramai dan video itu menjadi hiburan buat peminat bolasepak ketika Premier League becuti rehat.

Mohamed Salah memilih jalan lain ketika Premier League cuti rehat berbanding rakan-rakan yang lain memilih untuk pergi makan angin bagi memanfaatkan dan menikmati cuti yang ada.

Salah tidak memilih untuk terbang ke persisiran pantai untuk menikmati kehangatan cahaya mentari atau pergi ke Timur Tengah atau ke laur negara untuk bersantai.

Pemain sayap itu sebaliknya menghabiskan masa rehat dengan bekerja keras di gimnasium di pusat latihan Melwood, Liverpool sahaja dan bermain ragbi.

Rhys William, Mo Salah Di Liga Ragbi

Pemain ragbi dalam video tersebut yang cocok kelihantannya seperti Mohamed Salah itu merupakan pemain bintang pasukan ragbi, Salford Red Devils yang bernama Rhys Williams.

Rhys William merupakan pemain sayap Salford Red Devils sama seperti Salah di Betfred Super League dan beraksi bersama Wales di peringkat kebangsaan.

Dilahirkan pada 8 Disember 1989, Rhys William yang mendapat gelaran โ€˜Dragonโ€™ atau โ€˜Dragโ€™ kini berusia 30 tahun.

Rhys William melakukan try yang epik itu ketika perlawnan menentng Toronto Wolfpack dan aksi lincahnya itu mirip dengan aksi Salah di padang.

Dalam perlawnan itu Rhys William telah berjaya membantu Salford Red Devils menewaskan Toronto Wolfpack 24-16.

Apa yang berbeza adalah Rhys William menggunakan tangan, Salah menggunakan kaki.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : sukan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*