Dani Ceballos anggap tolak Liverpool dan pilih Arsenal adalah pilihan tepat

Dani Ceballos telah membuat pengakuan bahawa Liverpool ada menawarkan beliau kontrak secara pinjaman. Namun beliau menolaknya dan memilih untuk menyertai pasukan Arsenal.

Selepas musim kejuaraan UCL musim lalu, Liverpool sudah menjuarai Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab 2020 pada musim ini.

Sementara itu, Arsenal berge lut dengan prestasi dan memecat Unai Emery. Kini mereka dalam proses transisi sekali lagi di bawah kendalian Mikel Arteta.

Namun Dani Ceballos tidak menyesal menolak tawaran Liverpool. Menurut Ceballos, beliau telah membuat keputusan terbaik.

“Saya bangga, kelab seperti Liverpool datang dengan tawaran ke atas saya. Namun saya memilih Arsenal, kerana Unai Emery. Saya selesa dengan beliau.”

“Ketika ini, jika saya bermain di sana [Liverpool], saya tidak sesuai dengan gaya permaianan mereka.”

“Unai adalah kunci kepada keputusan saya menyertai Arsenal. Saya mahu menyertai Arsenal kerana, selain daripada mereka kelab besar, Unai Emery telah datang ke rumah saya.”

“Unai memberitahu saya betapa beliau sukakan saya sebagai seorang pemain, sejak saya bermain di Betis lagi.”

“Keyakinan seorang jurulatih adalah sangat penting dalam membantu kamu beraksi cemerlang. Unai berjanji akan menjadikan saya pemain penting beliau di Arsenal.”

“Saya tanpa was-was telah memilih untuk pergi ke Arsenal.”

“Klopp adalah pengurus yang hebat. Namun kamu kenalah fikirkan soal filosofi permainan. Ketika ini, gaya permainan saya tidak sesuai dengan gaya permianan Liverpool.”

“Dan masih juga, saya memikirkan, apabila dikaitkan dengan pasukan terbaik seperti mereka, membuktikan, karier saya di landasan yang tepat.”

Ditanya, apakah gaya permainan beliau, Ceballos berkata: “Saya adalah pemain yang memiliki visi yang kuat.”

“Dan dalam beberapa musim ini, saya juga sudah banyak meningkatkan aspek pertahanan.”

“Saya bekerja keras di atas padang dan saya adalah pemain yang mampu menghantar bola ba haya dengan sangat baik.”

“Pada hari ini jurulatih mahukan pemain yang lengkap dengan kualiti men yerang dan bertahan. Boleh dikatakan pemain no.10 sudah semakin pupus.”

“Anda harus menjadi pemain yang lengkap.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*