Jersi Terengganu FC 2020 keluaran AL cvri tumpuan peminat

Pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC melancarkan jersi baharunya pada hari ini khusus untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2020 dalam satu majlis yang berlangsung di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.

Jersi keluaran syarikat kelengkapan pakaian sukan tempatan, AL itu hadir dalam tiga versi iaitu ‘Home’, ‘Away’ dan ‘3rd Kit’ di mana kesemuanya bukan sahaja mencuvi tumpuan peminat kelab itu sendiri malah penyokong-penyokong bolasepak tempatan amnya.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Presiden Persatuan BolaSepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar itu menyaksikan jersi Terengganu FC hadir dengan tema tradisi pasukan iaitu Hitam-Putih bagi ‘home’. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🏴🏳️INTRODUCING TERENGGANU FC 2020 JERSEY! #TOGETHER WE RISE AGAIN! 🏴🏳️ #RISEAGAIN2020 #ALxTFC #TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite

A post shared by Terengganu Football Club️️ (@officialterengganufc) on

Manakala bagi jersi ‘away’ ia tampil dengan tema baharu iaitu warna Biru-Kuning dan untuk ‘3rd Kit’ ia didatangani dengan warna tema Kelabu-Putih.

Selain daripada itu, jersi baharu Terengganu FC turut dihiasi dengan logo penaja baharu di bahagian hadapan iaitu syarikat telekomunikasi, Red One sebagai penaja utama mereka musim ini.

Dalam majlis yang sama, Terengganu FC turut memperkenalkan barisan penaja-penaja yang lain seperti Terenggganu Incorporated, SP Bumi, Manis FM, Rimbun Tekad, Turtle Store, Adik Print, EXA Marketing, Super Jantan dan beberapa lagi yang lain.

Foto: Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*