Status Stadium Sultan Ibrahim diketahui

Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) menegaskan status stadium baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim akan diketahui selepas badan induk bolasepak negara itu membuat pemeriksaan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata stadium itu akan melewati pemeriksaan fasa akhir pada 18 dan 19 Febuari ini dan keputusan hanya akan diketahui selepas tarikh tersebut.

Sumber Gambar: FAM

 

“Ternyata dalam jadual perlawnan, stadium itu akan digunakan bagi perlawnan pertama ACL di laman sendiri. Namun, ia memerlukan penyeliaan daripada AFC ada 18 dan 19 Februari ini.

“Saya rasa stadium baharu ini mengikut ketetapan yang diperlukan oleh AFC termasuk lampu, persediaan rumput dan sebagainya. Saya rasa tiada sebarang isv, namun kami akan berhubung dengan AFC,” kata Stuart menurut laporan Stadium Astro.

Stadium Sultan Ibrahim

 

Sebelum ini, Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) mengesahkan Stadium Sultan Ibrahim belum diberi lampu hijau untuk digunakan dalam kempen AFC Champions League (ACL) 2020.

Jika tidak mendapat kelulusan, maka JDT terpaksa beraksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin seperti musim sebelumnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*