Home United kini diambil alih oleh pengasas Shopee dan dikenali dengan nama baru

Kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Home United kini dikenali sebagai Lion City Sailors Football Club mulai musim 2020 selepas diambil alih oleh pemilik syarikat Sea Group (sebelum ini dikenali sebagai Garena) iaitu Forrest Li.

Forrest Li juga merupakan pemilik dan pengasas platform e-dagang popular di Asia iaitu Shopee dan pengambilalihan itu menjadi satu petanda perubahan bagi bolasepak Singapura.

“Kami bangga dapat jadi sebahagian daripada syarikat Singapura yang memainkan peranan penting untuk mengangkat bolasepak tempatan ke peringkat yang seterusnya.

“Dengan menyatukan kelab yang mempunyai warisan yang kaya, peminat luar biasa, serta organisasi yang hebat, kami berhasrat untuk menjadikan Lion City Sailors FC sebagai penanda aras baru untuk kecemerlangan bolasepak di Singapura dan rantau ini,” katanya Forest Li dipetik dalam Channelnewsasia.

Forest Li bukanlah nama asing dalam bolasepak Singapura. Jutawan yang berusia 42 tahun itu merupakan anggota majlis Persatuan BolaSepak Singapura (FAS) sejak 2017 dan menyertai jawatankuasa pengurusan Home United tahun lepas.

Walaupun kali terakhir kelab yang dikenali dengan gelaran The Protectors itu menjulang piala liga ialah pada 2003 dan ia mengakhiri musim SPL lalu di tangga keenam daripada sembilan pasukan yang bertanding, cita-cita kelab itu kini lebih jelas dengan pengambilalihan ini. Home United juga menjuarai Piala Singapura sebanyak enam kali.

“Sebagai peminat bolasepak, saya tahu bahawa Singapura mempunyai komuniti besar yang suka sukan bolasepak, dan harapan kami ialah Lion City Sailors akan mengembalikan semangat itu dan menyalakan era baru untuk bolasepak tempatan.

“Kami tidak sabar untuk membawa kelab ini meraih pelbagai kejayaan,” tambahnya.

Kelab tersebut juga akan mendapatkan beberapa pemain hebat, termasuk bekas kapten Australia dan bekas jurulatih kebangsaan Australia, Aurelio Vidmar. Mereka juga diperkuatkan oleh penjaga gol skuad Singapura, Hassan Sunny, pemain tengah Shahdan Sulaiman dan penye rang Gabriel Quak.

Kesemua pemain itu difahamkan ditawarkan kenaikan gaji dan akan menerima gaji bulanan lumayan.

Sasaran kelab itu pada musim ini ialah menjuarai Liga SPL sekaligus mendapat tiket automatik beraksi dalam saingan AFC Champions League pada tahun 2021. Mereka juga akan menyertai Asean Club Championship (ACC) pada tahun ini.

Lion City Sailors FC akan memulakan aksi pertama Liga SPL menentng juara bertahan, Brunei DPMM pada 29 Februari ini.

 

Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*